Followers

Friday, November 22, 2013

Mat Sabu oh Mat Sabu!

Tuan Haji Muhammad Sabu memang  seorang pejuang. Segalanya kelihatan tidak mudah bagi beliau. Itulah laluan perjuangan beliau.

Bermula dengan dilabel konon menganut fahaman Syiah tanpa dibawa sebarang bukti syarie dalam keadaan beliau sendiri tidak diberi peluang seluasnya untuk membela dirinya, semalam beliau terus ditekan dengan usul Dewan Ulamak yang terang-terang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden wajib diberikan kepada golongan ulamak (agamawan?).

Pagi ini  Tuan Haji Mat sabu terpaksa pula berada di mahkamah demi memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan yang diperjuangkan untuk kesejahteraan rakyat dalam PRU. Mungkin beliau juga terpaksa mengundi di mahkamah petang ini?

Jelas, kerana hanya dikatakan tidak faqeh agama Islam, walaupun begitu lama,, istiqamah dan tegar dengan prinsip perjuangan parti yang beliau telah merasai rebah bangun perjuangan Islam di Malaysia, esok akan dapat diketahui sama ada beliau akan 'ditendang' atau tidak dari jawatannya sekarang?

Sama-sama kita lihat bagaimana pertarungan gelanggang politik Parti Islam seMalaysia!

No comments: