Followers

Thursday, November 28, 2013

Selama ini ku sangka lembik...

...rupa-rupanya memang sah lembik! 

Kalau dengan rakyat..hah ngko..keras bukan main! Nak naik cukai pintulah, naik harga minyaklah, nak lupus subsidilah, saman PTPTN lah, GSTlah, AESlah, peneroka haramjadahlah, rakyat tak bayar cukai pengkhianatlah! Tu dakwaan yang pulau sekarang kera dok mengintip tu macam mana?

Dulu elok-elok hak warisan bangsa berketurunan Pulau Batu Putih dalam tangan, hari ini pulau Batu Putih, putihnya dah hilang, tinggal batu je lagi. Kalau lepas ni kalau batu pun hilang, apa yang tinggal? Atau dah hilang batu kot?



Dari Malaysiakini:

‘Kerajaan jangan lembik, tuntut risikan biadap dihentikan’

Ahmad Fadli KC Nov 27 2013.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat tuntutan tegas kepada kerajaan agar menzahirkan segera rasa kurang senang Malaysia terhadap kerja-kerja risikan yang didakwa dilakukan kerajaan asing terhadap Malaysia menerusi kedutaan mereka di sini.

Merujuk kepada usul Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) pagi tadi, Anwar menegaskan BN kelihatan lebih mementingkan usul mengutuk Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) berbanding dakwaan intipan ke atas Kuala Lumpur oleh Amerika Syarikat, Australia dan Singapura.

"Tindakan US, Australia, dan sekarang Singapura mengintip, ini serius.

"Namun sehingga sekarang kita perhatikan tiada tindakan daripada pimpinan Umno yang lembik.

"Ini adalah maruah dan keselamatan negara.

"Mana kenyataan menteri dalam negeri, serta tindakan tegas daripada menteri luar negeri dan kenyataan daripada perdana menteri?" tanya Anwar pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Menurut Anwar lagi, PKR sebelum ini memang membantah beberapa tuntutan yang diutarakan Comango.

"Kita bantah dan kita dah nyatakan sebelum ini.

"Malah, kita akan bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Pakatan.

"Namun, kita anggap perkara ini bukan sebagai satu isu.

"Ada perkara lain yang lebih mustahak," katanya.

Sebaliknya kata Anwar, BN perlu lebih tekal dalam menegakkan nilai-nilai Islam.

"Mereka jugalah yang membenarkan judi, arak dan maksiat," dakwanya. 

No comments: