Followers

Wednesday, November 20, 2013

Menteri, PBS bermasalah bukan kerana capaian internet sahaja!




PBS yang sedang dilaksana itu sendiri gagal sebagai alat untuk menilai pelajar, kerana ianya tidak menepati standard sebagai sistem penilaian dan pentaksiran yang baik dan sahih! 

Jangan bertanya dan merujuk pakar yang banyak bercakap di atas sana dan banyak berteori yang entah apa-apa itu,  tapi turun dan tanya guru-guru yang berpengalaman yang berada di lapangan dan dengar serta ambil pandangan mereka!

Ceh wah konon...PBS telah diguna pakai di United Kingdom, Australia, Kanada dan Singapura! Dah tu kenapanya? Kena ikutlah?

Inilah antara penyakit besar bagi kerajaan Umno/Bn yang memerintah Malaysia. Nak ikut United Kingdom, Australia, Kanada dan Singapura konon! 

Woi...tolong cermin diri... integriti dan amanah pelaksanaan di negara-negara tersebut macam mana, di Malaysia tolong cermin sikit macam mana pulak!? 

Terkejutkah kita kalau pelaksanaan PBS di Malaysia bersifat separuh masak, huru-hara, serabut, celaru, campurtangan kroni, permainan politik, kejar komisyen, paksaan dan macam-macam ada? Jika begitu keadaannya, macam mana dasar pendidikan negara nak sempurna apatah lagi PBS yang sering dilihat sebagai kubang rezeki?

Kerajaan Umno/Bn suka sangat mendengar, mengupah dan mengambil pandangan 'pakar' yang banyak berteori dan banyak cakap, akibatnya sistem penilaian dan pentaksiran pelajar jadi huru-hara dan bercelaru. 

Bayangkan nanti apa berlaku kepada generasi yang lahir dari sistem yang celaru seperti PBS ini? Ibubapa prihatin tidak bimbangkah? Atau asal kerajaan Umno/Bn buat, 'pakcik' tak kisah!
 
 
Kementerian akui PBS bermasalah kepada guru

Salmiyah Harun 19 Nov. 2013

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengakui Program Petaksiaran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan pada tahun 2011 menimbulkan masalah kepada para guru di negara ini.

Namun, menurut Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan masalah yang timbul hanyan kerana capaian internet yang lembab menyebabkan ia menjadi bebanan kepada guru.

"Capaian internet memang menjadi masalah, kementerian masih berusaha untuk menaik taraf internet menjadi lebih pantas dan laju bagi melancarkan PBS ini," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan bagi Kementerian Pendidikan.

Malah katanya, jika capaian internet dapat diatasi beliau percaya masalah dalam sistem PBS ini tidak akan timbul.

Tambahnya, sistem PBS ini sudah diguna pakai di beberapa buah negara iaitu United Kingdom, Australia, Kanada dan Singapura.

"Di negara kita ia baru satu permulaan, mungkin ada masalah dari segi capaian internet," katanya.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen daripada BN dan Pakatan Rakyat meminta kerajaan menilai semua program PBS ekoran mendapat rungutan daripada guru-guru.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang memperkenalkan program PBS tanpa menilai kelemahan sistem itu dahulu.

Malah beliau turut meminta kerajaan menyatakan model negara mana yang digunakan oleh Malaysia untuk melaksanakan sistem itu.

"Ide siapa yang kita ambil untuk laksanakan PBS ini negara mana menjadi contoh," soal beliau.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jauzi turut bangkit mempertikaikan sistem PBS yang diperkenalkan ini telah mengganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar-pelajar.

Begitu juga, pandangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali  yang menegur kerajaan kerana tidak menyediakan prasarana yang sistematik sebelum melaksanakan PBS ini.

"Banyak keluhan yang kita terima daripada guru-guru. Keluhan yang diterima terlalu berat.

"Sepatutnya kerajaan menyediakan prasarana yang baik dahulu sebelum ianya dilaksanakan. Ini kerana guru yang berada di bandar pun tidak berjaya capai internet apatah lagi yang berada di luar bandar," katanya.

PBS merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik.

Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.

No comments: