Followers

Wednesday, November 27, 2013

Mengapa kerajaan Umno/Bn masih bersantai dan banyak kluk-klek?

Kerajaan Umno/Bn terus bersikap santai dalam keadaan kewangan negara tidak menentu, cukup membimbangkan rakyat yang memahami. Kos hidup pasti semakin serius menekan segenap pelusuk kehidupan rakyat. Sedang para pemimpin kerajaan Umno/Bn masih tidak membuat tindakan yang konkrit dan telus ke arah menyelesaikan masalah kewangan negara. Sekali kata kewangan teguh, esok kata pula kalau tak hapus subsidi  boleh membankrapkan negara!

Rasuah, pecah amanah, makan komisyen dan pelbagai bentuk ketirisan disedari, namun mereka masih lagi berdolak-dalik dalam usaha membenterasnya. Mereka masih ber-kluk-klek!

Masalah bakal bankrap tak mungkin selesai jika hanya ikan bilis yang diserkup, sedang para Jerung Jalur terus berleluasa, ada yang tidak didakwa, ada yang terlepas dakwaan, terus-terusan dengan kuasa rakus mengaut projek itu dan ini yang penuh dengan pembaziran dan kerugian kepada negara yang rakyat adalah pembayar cukainya.

Namun sikap para pemimpin kerajaan Umno/Bn masih tetap belum telus dan  belum berintergiti dalam mencari penyelesaian masalah. Yang mereka nampak untuk selesaikan masalah kalau negara bankrap, bukan mereka yang perlu berkorban, tapi rakyat marhaen! Adilkah?



GST atau tidak, negara berdepan risiko bankrap

Nov 26, 2013.

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang mendakwa negara harus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika tidak mahu menghadapi kemungkinan bankrap.

Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata, negara tidak akan terlepas daripada masalah bankrap selagi kerajaan tidak mengurus tadbir kewangan dengan baik dan pelaksanaan GST bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu.

Katanya, GST bukannya ‘miracle cure’, ia tidak bermakna dengan melaksanakan GST negara tidak akan bankrap.

“Isu bankrap bukan kerana sesebuah negara laksana GST atau tidak. Kita lihat Hong Kong, tidak ada GST tapi tetap bankrap. Negara maju lain seperti USA tidak ada GST.

“Najib kata laksana GST atau hadapi kemungkinan bankrap seperti Greece. Ini salah dan untuk pengetahuan Najib, Greece ada GST, GST mereka adalah 21 peratus tapi tetap bankrap,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Jadi, kata beliau isu asas sesebuah negara bankrap bukan dengan melaksanakan GST, isu pokoknya adalah akibat amalan rasuah, pemborosan, pembaziran dan ketirisan.

Pada sidang media sama, Rafizi Ramli (PKR-Pandan) pula meminta Najib lebih konsisten membuat penilaian kewangan negara.

“Saya pelik, bagaimana Najib boleh katakan kita akan menghadapi masalah bankrap, sedangkan semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan betapa kukuhnya kewangan negara berbanding dengan negara lain. Ini bercanggah.

“Ahmad Maslan ketika diminta menjawab mengenai kadar hutang negara, beliau mengatakan kita tidak ada masalah, negara masih lagi kaya dan beliau sertakan senarai negara yang kononnya lebih teruk daripada Malaysia. Malaysia saja paling baik.

“Kita mahukan jawapan konsisten daripada beliau, adakah kita sedang menghampiri bankrap atau kewangan kita sememangnya kukuh? Kalau betul-betul kukuh maka tidak timbul soal pelaksanaan GST kerana mengikut Najib GST ini diperlukan apabila negara nak bankrap,” tegasnya.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pula mempertikai tindakan Najib yang kononnya mahu menyelamatkan kewangan negara tetapi dalam masa sama mengamalkan pembaziran dengan menggunakan wang negara dalam rangka lawatan peribadi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru ini.

“Apa guna bercakap soal kewangan negara jika pada masa sama boleh guna jet peribadi untuk menghantar ‘First Lady’, Rosmah Mansor ke luar negara menggunakan wang negara.

“Bercakap soal pelaksanaan GST yang kononnya akan menyebabkan negara bankrap jika tidak dilaksanakan, ini tidak masuk akal kerana pada masa sama guna wang negara untuk lawatan Rosmah.

“Saya setuju dengan Tony dan Rafizi, laksana GST bukan jalan penyelesaiannya, apa yang terbaik sebenarnya adalah ‘good governance’, iaitu bagaimana menguruskan kewangan negara dengan cara yang sepatutnya,” katanya. –
Roketkini.com

No comments: