Followers

Saturday, November 23, 2013

Kemenangan Mat Sabu tak perlu diraikan dengan gembira

Pada aku, kemenangan Tuan Haji Muhammad Sabu tidak perlu diraikan dengan terlalu gembira dan kekalahan Datuk Amar tak perlu didukacitakan kerana kedua-dua mereka adalah tokoh PAS yang hebat dan banyak jasa, cumanya buat masa sekarang keperluan politik semasa dalam menentang Umno/Bn yang banyak melemahkan Islam, orang Melayu dan rakyat, lebih memerlukan Tuan Haji Mat Sabu berada di kerusi Timbalan Presiden PAS.

Datuk Amar walaupun seorang pemimpin PAS yang hebat, belum masa untuk berada di tangga Timbalan Presiden kerana peranannya di peringkat nasional tidak menonjol mana. Berbanding dengan peranan Dato Tuan Ibrahim di peringkat nasional Datuk Amar masih ketingalan jauh.

Tambahan pula peranan Datuk Amar dalam membantu Datuk Ahmad Yaakub dalam mengukuhkan kerajaan Kelantan selepas peninggalan TGNA masih belum nampak dengan berkesan. Sedikit telah merosakkan reputasi Datuk Amar adalah perbalahan dan cara dia melayan kritikan Prof Agus tempoh hari. Namun kekalahan ini mampu memberi pengalaman yang lebih baik kepada Datuk Amar dalam memanjat hiraki kepimpinan PAS di masa akan datang.

Kepada Tuan Haji Muhammad Sabu kemenangan beliau dengan kelebihan 98 undi bukan bermakna segala-galanya. Walaupun pendekatan Mat Sabu banyak memberi kesan positif dalam hubungan PAS dengan bukan Islam, namun tuntutan untuk membantu Presiden bagi menguasai minda untuk menarik sokongan Melayu terhadap PAS dalam PRU 14 terutama di luar bandar tidak boleh dipandang enteng. 

Tidak cukup demonstrasi demi demonstrasi di bandar dan kota sahaja, sedangkan komuniti Melayu luar bandar dan Felda terus-terusan dikubangkan Umno dalam lubuk mereka. 

Jika dalam PRU 13, gandingan kepimpinan TGHH dan Mat Sabu berjaya menarik sokongan besar bukan Melayu terutama kaum Cina, untuk PRU 14 gadingan ini seharusnya berusaha mengekalkan sokongan tersebut di samping dengan gigih dan kreatif berusaha pula mengaut sokongan sebilangan besar kaum Melayu terutama di luar bandar dan FELDA pula.  

Jika ini dapat dilakukan, Insya Allah segala impian PAS untuk melaksanakan Islam yang syumul dalam Malaysia akan semakin hampir!


1 comment:

Anonymous said...

Ada benarnya pandangan diatas, tak ada yang perlu dukacita atau terlalu gembira. mulakan kerja pru 14