Followers

Saturday, November 09, 2013

Jangan menjadi lebih hebat dari Umno...

Walaupun aku lebih suka jawatan Timbalan Presiden PAS sekarang tidak dicabar namun kepada Tuan Haji Mohamad Sabu dan Ustaz Mohd Amar, selamat bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dengan penuh persaudaraan Islam dan saling hormat menghormati. Kepada penyokong kedua-kedua pihak tak usahlah berlebihan!

Aku bukan pun perwakilan ke muktamar. Orang bertaraf aku tak pernah layak untuk menjadi perwakilan ke muktamar kerana tak mencapai standard menjadi perwakilan apatah lagi untuk menjadi perwakilan ke muktamar yang ada pemilihan jawatan parti!

Hari ini aku terima lagi sms dari seorang sahabat yang bertanya, kalaulah aku perwakilan ke muktamar kali ini siapakah agaknya antara Mat Sabu dan Nik Amar yang aku undi. 

Aku jawab, aku akan undi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Aku undi Mat Sabu bukanlah kerana aku tidak suka ustaz Nik Amar tapi aku lebih bersetuju dengan pendapat bahawa Mat Sabu masih diperlukan PAS sebagai Timbalan Presiden buat masa ini, bukannya Nik Amar! Alasan lain mengapa aku akan undi Mat Sabu adalah sama dengan alasan mereka yang bersetuju Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. 

Justru itu aku sebagai ahli bawahan ingin mengingatkan mereka yang bertanding khususnya jawatan Timbalan Presiden PAS dan agen-agen kempen masing-masing agar sentiasa waras dan  bersopan dalam kempen-kempen mereka, jangan gelojoh dan brutal terhadap lawan masing-masing. Hentikanlah tuduhan dan hal-hal yang berunsur fitnah yang  mampu merosakkan jemaah ini. 

Ingat, sejak dahulu Umno sentiasa gagal membunuh karektor para pemimpin PAS. Justru itu janganlah pula ahli-ahli PAS yang berkempen sebelum dan semasa muktamar lebih berjaya dan lebih hebat daripada Umno dalam membunuh karektor pemimpin sendiri!

No comments: