Followers

Monday, November 18, 2013

Hey..orang yang kentut belum bayar ni! Dah...aku dah bayar!




Itulah Umno sebenarnya khususnya para pemimpin mereka. Mereka yang kentut tapi mati-mati tak mahu mengaku. Malah sibuk pula tuduh orang lain yang kentut. Namun akhirnya melalui si alim Umno ini, termengaku juga bahawa mereka yang kentut dan memang suka kentutkan orang! Tak senonoh!

Teringat cerita empat orang penumpang teksi yang sedang dibawa menuju ke destinasi. Tiba-tiba dalam perjalanan mereka di dalam teksi terbau kentut yang amat memedihkan lubang hidung dan menyenakkan kepala.

Pemandu teksi yang tidak selesa lantas bertanya,  “siapakah yang kentut ni?”

Semua penumpang tak mengaku! Tak! Tak! Sebaik turun di destinasi pemandu teksi mendapatkan bayaran dari para penumpang dan akhirnya membuat acahan, “Hey... ini orang yang kentut belum bayar ni?”

“Eh...saya dah bayarlah..mula-mula sekali!”. Kantoi! Pemandu teksi mengeleng-eleng kepala sambil menahan rasa menyampah kepada penumpang yang suka kentut kepada khalayak itu!

Begitulah Umno dan para pemimpin mereka sebenarnya. Mereka dengan perangai busuk kohong mereka, demi politik bermuka-muka, menunjuk-nunjuk hanya merekalah konon yang menjaga kesucian Islam dan kalimah Allah. Pada masa yang sama sibuk tuduh konon PAS-lah yang menjadi punca tuntutan dan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam hingga menuduh konon kerana itu PAS telah terpesong dari matlamat asal perjuangan PAS!

Inilah perangai tak senonoh Umno dan orang alimnya yang suka kentutkan (menuduh/fitnah) orang tapi tak mengaku berbuat demikian!

Mananya Perkida, Perkasa, Jati dan Noh Gadot? Amacam boleh pakai tak fatwa Noh Gadot pada mereka?

Kalimah Allah boleh guna di Sabah, Sarawak

Anis Nazri 18 Nov 2013.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengesahkan turut bersama-sama jemaah menteri memutuskan untuk membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah.

Pengesahan tersebut diakui Jamil ketika sesi penggulungan perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan di bawah Jabatan Perdana Menteri setelah dibangkitkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, pagi tadi.

Bercakap kepada Harakahdaily, Mahfuz berkata pengesahan itu menunjukkan seorang yang alim tentang agama seperti Jamil turut membuat keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak di dalam Bible.

"Pengakuan Jamil itu jelas apabila jemaah menteri membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah Sarawak. Maknanya, orang alim, yang tahu pasal agama pun sepertinya juga telah memutuskan boleh menggunakan kalimah Allah itu," tegas beliau.

Dalam perbahasan pagi tadi, Mahfuz membangkitkan soal peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam isu penggunaan kalimah Allah, yang dilihat sekarang menjadi tidak ketentuan.

Mahfuz ketika mahu penjelasan, meminta menteri terbabit menyatakan sama ada jemaah menteri memutuskan untuk membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah, sedangkan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut pernah menyatakan sesiapa yang menyokong penggunaan kalimah Allah boleh jatuh murtad.

Sebelum ini, penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam dijadikan isu oleh BN untuk menentang DAP dan Pakatan Rakyat.

Namun bertindak menutup mata dengan tindakan jemaah menteri sendiri yang memutuskan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dalam Bible mereka.

No comments: