Followers

Wednesday, November 27, 2013

'Ahmad Nisfu' kata kepada penasihat 20%-nya,"Hehe...hehe...hehehe...bijak..bijak!!"


Dia tak peduli dah, pandangan sesiapapun apatah lagi pandangan rakyat kerana bagi PMnya, rakyat yang tak bayar cukai.... PENGKHIANAT! Dulu peneroka dapat gelaran HARAMJADAH! 


Maka bersiap sedialah kita menerima padahnya!


Dia tetap tak bimbangpun dengan kegilaannya untuk melupuskan SUBSIDI kerana dalam dikatanya HARAMJADAH pun dia tetap boleh menang, inikan pula hanya kata PENGKHIANAT!

Yang terasa sangat dengan gelaran HARAMJADAH (dulu) dan PENGKHIANAT hanya orang yang berilmu (yang ada maruah) dan tahu maklumat sebenar kedudukan bangsa dan ekonomi negara...dalam erti kata lain hanya orang CERDIK aje lah!


Orang yang lawan kepada makna CERDIK (maksud puak-puak BODOH lah) tak tahu apa pun! Malah tak kisah, lupus subsidi ke, kenakan GST ke, saman AES ke, bayar PTPTN berketurunan ke, lupus kereta yang lebih 12 tahun ke, minyak naik ke, tarif eletrik naik ke, harga barang mahal ke, penagih dadah anak-anak Melayu bertimbun ke, berselirat anak zina ke,.... merungut-merungut tapi tetap tak kisah pun! Saaayang Umnoooo!

Janji dapat BRIM untuk sekadar mampu beli jajan, dapat barangan eletrik dari cabutan bertuah, dapat beras sekampit setiap kali nak raya, dapat dengan mudah menimbunkan hutang di koperasi, duduk dan dapat makan sardin di penempatan banjir di musim banjir, dapat saham Felcra dan padi setahun sekali, dapat tar selorong depan rumah, dapat ditepuk bahu dan bersalam dengan YB, ok dah!  Pembangunan dan kemajuan tu!!

Generasi dan keturunan mereka akan datang bakal 'mampos' (mampos tu maksudnya tekanan hidup makin susah dan melarat) nak hidup...pun tak faham! Tanya pulak lagi, bengong!, "Nak mampos? Mana ada nya?, okay je...semua maju!!".


Betullah ya...puak-puak ni memang suka 'ternak' rakyat yang BODOH, yang tak sensitif dengan nasib masa depan agama, generasi bangsa! Lagi bodoh lagi bagus ek! 

Teringat 'Ahmad Nisfu' kata kepada penasihat 20 persennya sambil membeliakkan mata, "Hehehe....Bijak! Bijak!" 

Heh...siaplah kita!!

No comments: