Followers

Saturday, October 12, 2013

Titanic 2 pula bakal pecah.

Soi Lek terpaksa menyeringai untuk menunjukkan taringnya, agar Liow diam atau ambil tindakan seperti yang dicadangkan. Kalau Liow berdegil juga ia mungkin memberi makna marilah kita  'berdepan'.

Dengan geram Chua telah hantar 'peluru kapur' pertama kepada Liow, "Dia seorang pemimpin yang lemah, tanpa pendirian sendiri. Apabila terdapat isu besar, dia akan 'seam' (bahasa Hokkian yang bermaksud melarikan diri),".

Liow yang digelar Chua sebagai 'seam' masih belum membalas peluru tersebut. 

Dinding-dinding 'Titanic' kedua terbesar dalam BN itu mungkin akan terus dipenuhi kesan-kesan tembakan peluru sebelum karam.

Maka jelas kapal kedua dalam Barisan Nasional itu bakal pecah bagaikan Titatic yang karam di lautan Atlantik yang sejuk dan membeku! Jeng...jeng...jeng!



Soi Lek beritahu Liow: Awak undur, saya undur

Kow Gah Chie    11 Okt 2013.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata bahawa beliau sedia berundur sekiranya Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga sanggup melakukan perkara yang sama.

"Saya sedia berundur, tetapi saya mahu Liow juga sama-sama berundur," kata Chua dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur petang ini.

Chua berkata, ia merupakan satu keputusan yang menyakitkan "kerana saya telah bekerja dengannya selama empat tahun".

"Dia seorang pemimpin yang lemah, tanpa pendirian sendiri. Apabila terdapat isu besar, dia akan 'seam' (bahasa Hokkian yang bermaksud melarikan diri)," katanya.