Followers

Monday, October 28, 2013

MyKad palsu: Dah benda lagi!? Itulah bendanya!

Dengan sikap pekak badak, tuli dan bengong pihak yang bertangungjawab mengenai MyKad, maka apa lagi, itulah bendanya dengan MyKad palsu tu! Dah, kalau tak ada kaitan PRU 13, buat jadah apa (pinjam 'kata-kata hikmah' PM Najib satu waktu dulu) MyKad palsu berlambak dan begitu mudah diperolehi?

Bukan aje kaitan PRU 13, PRU 14 pun tak akan selamat daripada ancaman hantu-hantu MyKad ni dan tuan-tuan polong mereka! Nyawa tu, tau tak!?

Sumber Harakahdaily:



Adakah MyKad palsu ada kaitan PRU 13?


Harakahdaily   28 Okt. 2013.


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah kerajaan mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan segera memastikan semua pengawal keselamatan di lebih 600 syarikat kawalan keselamatan mengesahkan MyKad pengawal keselamatan masing-masing.

Ia berikutan kes pembunuhan seorang pengurus bank di ibu negara yang dilakukan oleh seorang pengawal bank yang menggunakan kad pengenalan palsu.

“Lebih dari itu, DPPM mendesak supaya kesemua syarikat keselamatan di negara ini mengesahkan pekerja mereka dengan mengenalpasti latar belakang, rekod perkhidmatan sebelum ini, keluarga dan lain-lain,” ujar ketua Penerangan DPPM, Dr Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah kerajaan mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan segera memastikan semua pengawal keselamatan di lebih 600 syarikat kawalan keselamatan mengesahkan MyKad pengawal keselamatan masing-masing.

Ia berikutan kes pembunuhan seorang pengurus bank di ibu negara yang dilakukan oleh seorang pengawal bank yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Lebih dari itu, DPPM mendesak supaya kesemua syarikat keselamatan di negara ini mengesahkan pekerja mereka dengan mengenalpasti latar belakang, rekod perkhidmatan sebelum ini, keluarga dan lain-lain.

DPPM tidak boleh menerima mana-mana syarikat menerima pekerja secara ‘tangkap muat’ tanpa diketahui rekod dan latar belakang pekerjanya sehingga pekerja mereka melakukan jenayah di luar pengetahuan majikannya.

DPPM menganggap kejadian jenayah terbabit amat serius dan memerlukan siasatan rapi. Suspek perlu ditangkap segera bagi mengelakkan kejadian jenayah lain yang lebih serius berlaku di tempat lain.

Namun begitu, DPPM menganggap pemilikan kad pengenalan palsu oleh suspek lebih serius dari jenayah yang dilakukannya.

DPPM merasa kesal bagaimana syarikat terbabit tidak boleh mengenalpasti kesahihan kad pengenalan suspek terlebih awal sebelum diambil bekerja.

Kejadian jenayah yang dilakukan oleh suspek membuka maklumat bahawa ada segelintir rakyat Malaysia memiliki MyKad palsu dan merasa bebas melakukan jenayah kerana rekod mereka tidak diketahui atau dikenalpasti.

Ini juga menandakan sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu sudah beroperasi dan berleluasa di negara ini.

Mungkinkah terdapat ramai lagi golongan penjenayah berlegar-legar dalam negara ini dengan memiliki MyKad palsu seperti suspek?

Apakah ini juga menandakan terdapatnya sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu bertujuan untuk gerak kerja pilihanraya umum ke 13 tempoh hari?

Persoalan ini perlu disiasat dengan menyeluruh dan JPN perlu bertanggungjawab sekiranya perkara tersebut ada kaitannya.

DPPM mendesak supaya sindiket pengeluaran Mykad palsu segera ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan. Ia tidak boleh dibiarkan kerana ia faktor penyumbang jenayah berlaku di negara ini.

Akhirnya, DPPM juga mendesak kerajaan melakukan operasi menjejak pemilik Mykad palsu secara bersepadu dan menyeluruh.

Ia melibatkan semua agensi dan pasukan keselamatan dan beroperasi di seluruh negara.

Biar kerajaan dan rakyat berpenat membanteras sindiket ini daripada membiarkan penjenayah bermaharajalela melakukan aksi jenayah mereka tanpa dikesan identiti mereka kerana menggunakan Mykad palsu.

No comments: