Followers

Wednesday, October 16, 2013

Dalam mempertahankan kalimah Allah.....


Umno dan NGO-NGO nya kini sibuk mempertahankan penggunaan kalimah Allah hanya untuk masyarakat Islam sahaja. Ini satu petanda yang baik mengenai Umno dan Islam! Sekurang-kurang untuk memberi pesepsi Umno itu sedang memperjuangkan Islam.....okaylah tu!

Namun demikian, petanda dan persepsi sahaja tidak cukup kalau pelaksanaan dan penghayatan Islam peringkat hampas. Pada waktu Umno dan ngo-ngonya mempertahankan kalimah Allah itu jugalah Umno tidak mahu memperkasakan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara. Contoh, Bahasa Inggeris kini menjadi subjek wajib walaupun Bahasa Inggeris itu tidak bergunapun untuk di bawa mati nanti. Sedang Pendidikan agama Islam yang memberi kefahaman dan bekalan yang banyak tentang kehidupan selepas mati, ada Umno kisah? 

Tidak salah belajar Bahasa Inggeris, tetapi untuk menjadi maju di dunia memadai dengan penguasaan menyeluruh bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan negara dalam pelbagai bidang. Hal ini telah dibuktikan di banyak negara dunia yang maju, namun Umno tetap melihat kepada bahasa Inggeris juga. Maka bahasa Inggeris juga yang menjadi wajib. Pendidikan Islam diambillah sedikit sana, sedikit sini untuk diajar serba sedikit...maka dapatlah para pelajar Islam khususnya anak-anak Melayu, kefahaman agama sedikit-sedikit!

Mempertahankan kalimah Allah itu bagus, tapi geng-geng yang sampai serak-serak suara mempertahankan kalimah Allah itu, tetap berada dalam oragnisasi yang berpalit jenuh dengan rasuah yang berbagai dalam pelbagai saiz. Lebih dahsyat lagi orang mempertahankan kalimah Allah itu sendiri amat diragui integriti mereka dalam bab amanah dan ketelusan!

Tidak cukup kita mempertahankan kalimah Allah sahaja kalau pegangan umat Islam di negara ini semakin longgar dan haru-biru. Kes jenayah bertimbun, tembak sana tembak sini! Masalah dadah usah cakaplah..tidak pernah dapat diselesaikan pun. Kadar kes perzinaan dan anak haram tidak pernah makin menurun. Anak muda berzina sana-sini, laki orang main bini orang, bini orang tidur dengan laki orang, pendatang haram dapat IC segera dengan mudah dan lorong-lorong tikus laluan tikus-tikus asing kata Timbalan Menteri berkenaan berselirat! Macam-macam hal dalam negara.....ada Umno kisah secara serius melainkan mempertahankan kuasa dan harta semata-mata?

Pegangan aku mengenai pengggunaan kalimah Allah tetap mengikut apa yang diajar dan diulas oleh TGHH. Dan hanya pelaksanaan akhlak dan syariat Islam mampu memantapkan jati diri bangsa ini. Jika tidak bangsa ini akan terus hanyut dibawa entah ke mana oleh 'sang keris telanjang' itu!

No comments: