Followers

Sunday, October 27, 2013

GST: Makin banyak rakyat kena tanggung kecuali .....!



GST diberitakan banyak pihak, menyebabkan makin banyak yang rakyat marhaen kena tanggung KECUALI para penyokong Umno/Bn di kampung-kampung dan kawasan Felda yang dirasakan tak terjejas langsung! Sesungguhnya pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi gula oleh kerajaan Umno/Bn disambut gumbira dan penuh patriotik oleh mereka !

Kehidupan mereka 'diberitakan' macam biasa-biasa jugak, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! No hal-lah! 

Mereka susah tak apa, makan sekali sehari tak apa, makanan dan minuman mereka tawar hebey tak apa asalkan boleh dapat tenaga seks kuat seperti yang dikehendaki oleh pemimpin kesayangan itu yang nampaknya 'zuhud' sungguh dan begitu cakna sekali! 

Ah...anak-anak yang belajar diperantauan berlapar sedikit, tak cukup belanja untuk membeli barangan keperluan yang mahal tak apa, kerana dah biasa bersusah. Yang penting para pemimpin kesayangan dan keluarga tidak menderita kehidupan mereka! 

Orang-orang di kampung-kampung dan di Felda sangat sedar, susah dan hidup ala kadar memang patut untuk mereka, anak-anak mereka berhenti sekolah awal pergi cari kerja buruh, tak apa lah, itulah selayaknya mereka, senang lenang biarlah untuk para pemimpin Umno/Bn...kesian para pemimpin 'kita' dan anak isteri kesayangan mereka....kan!!? Hidup para pemimpin Umno...pembela bangsa!

Bagi para penyokong Umno/Bn, yang patut dipadankan muka ialah para penyokong Pakatan Rakyat yang terjejas teruk dek GST! Padan muka wuk!!

Laksana GST, makin banyak rakyat kena tanggung


Mohd Azli Mashut


SHAH ALAM, 27 OKT : Pelaksanaan GST hanya akan meningkatkan harga barangan dan beban cukai yang perlu ditanggung pengguna walaupun selepas pemansuhan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).


Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, Kerajaan Umno-BN mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran bahawa kebanyakan harga barangan dan cukai yang dibayar oleh pengguna akan dikurangkan selepas pengenalan GST.


“Yang benar adalah bahawa perkara yang dikenakan cukai di bawah SST adalah jauh kurang daripada apa yang dikenakan cukai di bawah GST,” kata beliau dalam satu kenyataan.


Kian Ming berkata, antara perkara yang didakwa tidak di bawah cukai jualan tetapi akan di bawah GST termasuk banyak barangan bukan mewah seperti susu, kopi, teh, air mineral , buah-buahan dalam tin , surat khabar , alat tulis, beg sekolah, dan kotak .


Katanya, penggunaan elektrik di atas 200kWh (mana-mana amaun yang melebihi RM50) juga akan dikenakan GST. Harga barang-barang ini pasti akan meningkat selepas GST kerana penghapusan SST mempunyai kesan ke atas harga.


Pada masa ini cukai jualan adalah terhad kepada restoran-restoran tertentu dan perkhidmatan profesional yang diberikan oleh akauntan , arkitek, perkhidmatan kenderaan motor dan pusat-pusat pembaikan, perkhidmatan telekomunikasi , perkhidmatan keselamatan , ejen hartanah, operator perkhidmatan letak kereta ruang dan firma perkhidmatan .


“Liputan yang lebih luas di bawah GST bermakna lebih perkhidmatan akan dikenakan GST berbanding dengan cukai perkhidmatan semasa. Ini bermakna bahawa lebih banyak perkhidmatan hargaya akan meningkat.


“Yang benar adalah bahawa GST akan menaikkan harga majoriti barangan dan perkhidmatan walaupun selepas penyingkiran GST dengan beban kewangan rakyat akan meningkat,” katanya.


EZY





No comments: