Followers

Monday, October 21, 2013

Dengan hanya istilah rasuah menjadi halal?

Dengan hanya istilah rasuah menjadi halal. Bukan politik wang, tapi kos jentera!

Rasuah? Tak lah! Politik wang? Mana ada! Makan suap? Tak pernah pun! Kos jentera je......!!! 

Hebat UMNO...kan! UMNO boleh!

Dari Malaysiakini:



Nur Jazlan: Bukan politik wang, tapi kos jentera

Nigel Aw    21 Oktober 2013.

Calon Majlis Tertinggi Umno Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan beliau tewas dalam pemilihan Umno ekoran masalah pembelian undi, selepas memberi amaran berhubung 'politik wang' sebulan sebelumnya.

Nur Jazlan hari ini menjelaskan, wang yang dirujuknya sebelum ini merupakan kos menggerakkan jentera dan bukan imbuhan untuk undi.

"Saya kalah kerana kurang berkemampuan dalam jentera berbanding mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mereka (menteri dan timbalannya) boleh pergi ke mana saja untuk berkempen tetapi saya tidak mampu, jentera mahal. Ia bayar wang untuk orang berkempen, bukan bayar untuk undi."

Bawah sistem sekarang, kata Nur Jazlan, sangat sukar bagi orang baru sepertinya untuk menang kerana "kos masuk" tinggi.

Nur Jazlan pada September lalu menganggarkan kos untuk selamat di sesebuah kawasan bernilai RM200,000 dan menjadikan kos untuk kerusi naib presiden sebanyak RM13,000,000, untuk selamat di 64 bahagian.

Bagaimanapun, Nur Jazlan mengakui "kos jentera" lebih besar ekoran keputusan menunjukkan bahawa kemenangan di 64 kawasan sahaja tidak cukup untuk selamat di jawatan itu.

"Saya cuma buat andaian tetapi akhirnya nayata sekali mereka perlu lebih daripada 64 bahagian," katanya.

No comments: