Followers

Sunday, October 06, 2013

Ada orang pandai-pandai tambah, faqihlah, mesti ulama-lah! Ambik lah semua....nak sangat!

Tok Guru kata "syarat utama lantik pemimpin taat kepada Allah". 

Dah tu yang faqih macam mana? Yang faqih tu, dengar sini, kalau cekap ilmu dan permainan politik semasa, bolehlah. 

Kalau tak cekap, maknanya tak layak! Tak payahlah nak nak tonjol diri sampai direct kata orang lain tak faqih, kita lebih faqih konon, depan-depan khalayak umum pulak tu! 

Adoi...macam-macam ada la ni. Elok-elok orang hormat, dah jadi kurang hormat dengan kenyataan macam tu!


Taat Allah syarat utama lantik pemimpin Presiden


Maidan Yahya 5 Okt 2013.


PARIT MEDAN: Kuliah Tafsir yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi kedua di Ijtimak Tarbawi 3.0 hari ini turut menyingkap sejarah pemilihan ketua dalam sejarah Islam.

Presiden memberi huraian bermula dari zaman Rasulullah SAW hingga ke era terkini PAS di Malaysia hari ini.

Beliau menghuraikan petikan ayat tentang sekumpulan manusia yang terus mempertahankan Islam walaupun Rasulullah SAW telah wafat.

"Antara syarat utama untuk dilantik menjadi pemimpin yang dinyatakan dalam surah ini ialah seseorang itu mesti taat kepada Allah," ujar presiden.

Selain itu beliau turut menceritakan sekumpulan sahabat yang kuat menentang Islam pada awalnya tapi teguh pendirian mempertahan Islam ketika peristiwa wafatnya Nabi seperti Suhail bin Amr dan berapa yang lain.

"Dalam konteks hari ini ada golongan yang sedemikian. Maka kita jangan terlalu cepat menghukum." ujarnya lagi.

Beliau turut menceritakan sejarah kejatuhan khilafah Islam termasuk sejarah tertubuhnya PAS di Malaysia.

Sebelum mengakhiri kuliahnya, beliau menyeru para pemuda untuk terus menyambung perjuangan Islam.


No comments: