Followers

Thursday, September 26, 2013

Proses 'mencekikkedarah' perlu diteruskan!

Apa boleh buat, itulah yang pengundi-pengundi Umno 'mahu'...demi 'survival' anak bangsa Umnonya!

Dari malaysiakini:



Nazri Jr beli bangle RM7j’, Nazri Sr: Bukan masalah saya.

Ram Anand     26 Sept 2013.

Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.

"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",

1 comment:

Anonymous said...

Buatlah apa yg nak dibuat oleh menteri UMNO...masing2 nak beli istana seorang sebuah guna duit negara pun tak pa...macai UMNO haramjadah akan kata.."tak pa asalkan orang melayu memerintah"!!! Bodoh dan bangangnya bangsa melayu UMNO ni...sejak lahir hingga ke liang lahat asyik kena tipu oleh menteri2 UMNO haramjadah ni!!!