Followers

Sunday, September 08, 2013

"Ketetapan Allah", redha je lah!

Kerajaan Umno/Bn menaikkan harga minyak :

1. Kos Modal bertambah!

2. Kos pengeluaran ikut naik!


3. Kos penghantaran ikut naik!

4. Kos pengangkutan semua barang (kawal, tak kawal) ikut naik!

5. Kos pengurusan pun naik!

6. Harga barang dari orang tengah dah tentu naik - sebab orang tengah bukan angkut dan edar barang dengan unta atau kuda!

7. Harga diperolehi oleh peniaga, harga naik!

8. Peniaga yang dapat barang harga naik, ikut naikkan harga!

9. Gaji dan upah, tetap tak naik!

10. Yang hampir nak 'mampos' rakyat marhaen! Sebelum ni ikan masin tamban (!) 6 ekor RM2...sekarang 3 ekor RM2!!

Tapi fatwa fathul bahri..."ketetapan Allah!". Redha je lah!

No comments: