Followers

Friday, September 06, 2013

Asal berbeza sikit, lucut, pecat dan tarik! Apalah..lemah otak tau!!




Apabila Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa gelaran Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said sebagai boleh ditarik balik kerana hanya hadir membaca puisi berhampiran dengan kumpulan yang mengibar bendera Sang Saka Malaya, ianya jelas menggambarkan bahawa menteri itu adalah seorang yang berfikiran kolot lagi jumud.

Inilah contoh tahap pemikiran menteri-menteri Umno/Bn yang kolot, lemah dan jumud. Asal berbeza sikit, nak tarik gelaran! Asal berbeza sikit, nak hambat ke luar dari negara! Asal berbeza sikit, nak tarik kewarganegaraan! Asal berbeza sedikit, derhaka! Asal berbeza sikit, maki, orang bodoh! Apa punya kepala hotaklah Menteri-menteri Najib ni!

Berhujahlah dengan akal, berhujahlah dengan pandangan yang bernas, berhujahlah dengan fakta bukan main sedap mulut tarik itu, tarik ini, lucut itu, lucut ini tanpa hujah yang munasabah dan berakal!

Persoalannya mampukah para pemimpin Umno/Bn mahu menghalang perbezaan dalam dunia yang serba meluas capaian maklumat ini? Berhasilkah langkah memberhentikan sebarang perbezaan ini dengan cara tangkap, buang, pecat, tarik dan lucut?

Sepatutnya pihak kerajaan Umno/Bn sudah-sudahlah menggunakan kaedah lapuk ini kecuali dalam kes yang terlalu munasabah mengikut undang-undang yang berintegriti. Belajarlah berhujah dengan baik dan penuh kejantanan. Bukan dengan cara memaki hamun, gertak, buli dan lempar batu sembunyi tangan!

Hendak tarik balik gelaran Sasterawan Negara yang dianugerahkan kerajaan kepada Pak Samad, apakah kerajaan ini hak peribadi Umno/Bn dan menteri tersebut? Kalau kerajaan ini hak peribadi Umno/Bn dan menteri tersebut, kenapa pulak ada pilihanraya setiap 5 tahun sekali yang membenarkan semua parti politik dari pelbagai aliran dan fahaman bertanding untuk berebut kerusi?

Sudah-sudahlah bersikap bodoh sombong wahai menteri Umno! Kalau betul Pak Samad dan yang membawa bendera Sang Saka Malaya itu salah, gunakan saluran undang-undang yang adil dan berintegriti. Kalau salah, salahlah! Kalau mereka bebas hormatilah undang-undang.Ini tidak, tak habis-habis membuli, mengugut dan mengancam.

Dari sumber Harakahdaily:

Siapa Shabery nak ugut Pak Samad?

Harakahdaily 05 Sept. 2013.

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS melihat kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengatakan bahawa gelaran Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said boleh ditarik balik sebagai suatu ugutan yang tidak wajar.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Yusapiza Yaacob berkata, adalah tidak adil ugutan sebegitu keluar dari mulut seorang menteri terhadap tokoh sastera yang hanya hadir membaca puisi bersama kumpulan yang mengebarkan bendera Sang Saka Malaya.

"Ini merupakan suatu kezaliman. Malaysia kini berada di ambang hilangnya hak kebebasan memilih dan bersuara.

"Apa lagi yang kerajaan Umno mahu dari tokoh sasterawan ini selepas ini," soalnya.

Munurut Yusapiza, usaha menggugurkan gelaran Sasterawan Negara ini akan dilihat sebagai tidak menghargai jasa yang ditaburkan oleh Pak Samad dalam mengangkat martabat sastera negara.

Beliau mempersoalkan, adakah kerana tidak menyokong kezaliman kerajaan Umno maka seluruh jasa bakti Pak Samad mahu dilupuskan.

"Tidak mustahil pada masa akan datang, nama beliau akan dipadam terus oleh kerajaan dalam sistem pendidikan negara kita.

"Betapa takutnya kerajaan Umno kepada seorang yang berumur 80-an ini," katanya lagi.

Beliau juga yakin gelaran bukanlah suatu yang ditagih oleh Pak Samad berbanding prinsip perjuangan beliau sejak zaman dahulu lagi dalam mengetengahkan isu-isu masyarakat dan menegur sikap kerajaan.

"Kezaliman apakah yang melanda negara kini? Kita baru sahaja menyambut kemerdekaan negara yang ke 56 namun tindakan kerajaan yang kebudak-budakan ini jelas tidak boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

"DPPWP juga yakin sekiranya gelaran tersebut ditarik balik, Pak Samad masih kekal dalam perjuangan membela rakyat biarpun di hujung usia," jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan seharusnya menarik balik semua gelaran pemimpin-pemimpin Umno yang terlibat dalam pelbagai salah laku dan rasuah.

Ini kerana, rasuah adalah perkara sebenar yang menggugat keselamatan negara, yang menggadaikan amanah rakyat.

"Mereka inilah yang perlu dihukum dan bukannya seorang tua yang hanya membaca puisi.

"Hakikatnya, petualang-petualang negara ini bebas berada di dalam negara, tanpa sekatan dan masih lagi memgang jawatan-jawatan tinggi dalam negara. Bahkan gelaran mereka juga tidak ditarik balik," tegasnya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21815-siapa-shabery-nak-ugut-pak-samad

No comments: