Followers

Monday, September 16, 2013

Aku sayang ulamak: Ulamak jangan rendah diri!




Apabila ada sector  (saja guna ‘sektor’) merasakan keberadaan mereka terpinggir dari menyerlah dalam perjuangan arus perdana PAS terkini, maka pelbagai gesaan dan cadangan dikemukakan. Umum melihat semua itu menggambarkan keresahan dan dibimbangi ianya membayangkan rasa tidak yakin diri yang tinggi dalam menghadapi persaingan semasa.

Di mana silapnya jadi begini atau sebenarnya tiada kesilapan, ianya hanya meraikan suasana demokrasi terhebat dalam PAS sempena pertandingan jawatan tertinggi parti pada hujung tahun ini?

Pengurusan, permainan dan tektikal parti politik hari ini adalah mengikut rentak permainan semasa. Bagi sebuah parti Islam selagi ianya sah syarie dari segi hukumnya, maka sepatutnya tiada salah permainan atau tektikal yang sedang digunakan. Tapi kenapa ianya mengundang keresahan?

Mungkin keresahan sector berkenaan bukan kerana kesilapan mana-mana pihak atau kesilapan keputusan parti tetapi adalah kesilapan sector itu sendiri! Ada kemungkinan, diri sendiri yang merasakan terpinggir atau dipinggir hingga kononnya akar umbi dasar perjuangan Islam parti dirasakan mahu dicabut orang!

Apakah benar begitu? Atau sebenarnya diri sendiri tidak mampu atau terlalu lemah, malah amat berlengah untuk bergerak , mengejar atau memandu tektikal yang sedang digunakan atau juga mungkin selama ini diri sendiri hanya ‘take for granted’ segala keputusan yang dibuat? Hari ini kononnya baru sedar dan perlu dikaji semula?

Untuk sector berkenaan, kalau diri sendiri rasa dipinggir atau terpinggir (yang tidak pun berlaku sebenarnya), cuba kaji balik apa sebabnya, sedangkan ramai ahli parti melihat, tiada apa yang berubah dengan dasar perjuangan PAS sejak dari dahulu apabila ianya melibatkan isu perjuangan menegakkan Islam termasuk menegakkan undang-undang dan negara Islam.

Sepatutnya sector yang sedang keresahan itu bersabar dan memberi cadangan yang lebih konkrit dan munasabah jika apa-apa keputusan parti mahu dikaji semula. Kalau hanya dikatakan kerana kemerosotan undi bangsa Melayu dalam PRU 13 terhadap PAS, maka keterlibatan dalam PR atau hubungan dengan PKR, perlu dikaji semula,  maka hujah tersebut sangat remeh! 

Ingat, kalau dikatakan ramai orang Melayu menyokong Umno, maka sokongan itu bukan kerana Umno berjuangan menegakkan Islam dan perundangannya serta mempertahankan hak bangsa Melayu tetapi kerana Umno tabur wang ringgit dan projek, calon-calon Umno bersikap humble, mesra dan pandai menyentuh mesra orang kampong, sentiasa kelihatan tidak menunjuk pandai dan lagak!

Ingat, majoriti orang Melayu luar bandar, tidak undi PAS dalam PRU 13 lalu adalah kerana Umno tabur wang dan projek, ada di kalangan kepimpinan PAS kawasan yang menjadi calon dari segi ilmu Islam, mantap, tetapi tidak mesra dengan rakyat setempat, muka serius yang kelihatan macam sombong dan tidak mesra berbual dan tidak menonjol untuk dikenali sebagai pemimpin masyarakat setempat...penonjolan diri hanya bermusim, musim kempen pilihanraya!

Apakah PAS dihalang berjuang dengan menyebut dan menyatakan Negara Islam dan undang-undang Islam  dalam Pakatan Rakyat? Benarkah begitu? Bukankah PAS telah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat atas prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’? 

Perbanyakkan dialog-dailog, seminar, wacana ilmiah dengan NGO, parti-parti politik, diskusi dan sebagainya. Dalam semua mekanisme tersebut bentangkan dasar utama perjuangan PAS, dihalangkah kalau begitu yang dilakukan? Lihat DHPP yang didakwah melalui penerangan ilmiah, wacana dan diskusi telah sanggup dan rela menerima konsep perundangan dan negara Islam PAS. Apakah sektor yang sedang keresahan itu tidak mampu untuk meniru apa yang dilakukan terhadap DHPP atau ada ego tersendiri dalam dakwah mereka?

Atau sebenarnya  CARA kita menyebutnya menakutkan orang lain atau cara kita berkempen menggunakan isu tersebut sebenarnya  melalui kenyataan-kenyataan dalam akhbar jahat Umno/Bn! Kita bercakap lain, musuh tulis lain. Kita tidak provoke, akhbar musuh yang membuat provikasi bagi pihak kita atau kepada kita...maka kita yang tidak puas hati dan rasa terpinggir lalu tak henti-henti kita melenting.  

Menyatakan para ulama haraki perlu menjadi banteng utama parti adalah baik dan dipuji tetapi menggesa untuk kaji semula penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat buat masa ini, perlu difikirkan kembali! 

Hakikatnya sebenarnya, para ulama MEMANG perlu menjadi utama dan kedepan dalam parti bukan MEMINTA menjadi utama dan meminta diletak didepan dalam parti! Contohilah Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Haji Abdul Hadi Awang sendiri yang tidak pernah meminta untuk berada didepan sebaliknya sentiasa berada didepan memimpin dan membimbing!

Bukankah kerja-kerja dakwah memerlukan kesabaran dalam berdepan dengan provokasi musuh dan lawan? Bukankah dalam kerja-kerja dakwah mendekati semua bangsa adalah lebih baik daripada menumpukan kepada satu bangsa sahaja?  Bukankah dalam kerja-kerja dakwah kerajinan berhujah menjadi antara senjata utama...bukan cuba untuk menyepi dan menyendiri kembali atau bersedia untuk membersih tong taik dari dalam tong itu sendiri!

No comments: