Followers

Wednesday, August 14, 2013

Transformasi yang berjaya!

Najib telah melakukan apa yang beliau kerap sebut sebagai transformasi. Nampaknya transformasi Najib Razak semakin hari semakin menampakkan kejayaan:

1. Kejadian jenayah tembak bunuh berlaku saban minggu.

2. Dengan kekerapan berlaku jenayah tembak bunuh itu membuktikan banyaknya senjata api berada di sekitar kehidupan rakyat pada waktu ini.

3. Dengan kejadian tembak bunuh yang kerap berlaku dalam tanah air yang ku cintai ini juga seolah-olah membuktikan bahawa negara tercinta ini semakin berjaya melahirkan pembunuh upahan yang 'ramai' dan di mana-mana dalam negara?

4. Dengan meningkatnya  kes penceraian dalam kalangan umat Islam dan berlakunya kes pelacuran bawah umur, kes suami belasah isteri dalam lif, juga membuktikan 'berjayanya' Pendidikan Agama Islam dalam negara dalam membentuk akhlak dan moral umat Islam?

5. Betapa berjayanya Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Transformasi Pendidikan membawa keharmonian antara kaum dengan berlakunya upacara agama Budha dalam surau resort selepas isu Alvivi, yang dahulunya dimulai oleh kes arak kepala lembu, bangkai babi dalam surau dan bakar gereja!

6. Peningkatan kematian dalam lokap juga agaknya membuktikan kejayaan transformasi Najib Razak.

7. Rompakan jalanan siang-siang hari di Johor juga membuktikan kejayaan sebuah transformasi yang hebat!

8. Perlantikan anak menteri sudah tentulah agaknya oleh menteri itu sendiri sebagai Pegawai Khas di Kementerian ayahnya jugak satu lagi kejayaan terhebat transformasi Perdana Menteri ku yang ku cintai!

9. Yang paling penting kejayaan tranformasi Najib ialah berjaya mencipta dakwat kekal menjadi tidak kekal dalam PRU 13, kemudian dikuti penolakan kebanyakan petisyen pilihanraya kerana alasan teknikal, belum sempat dibicara dalam mahkamah pun. Cekap sungguh Malaysia Najibku!

Alahai negara ku tercinta yang semakin berjaya ditransfomasikan hinggakan rakyat semakin takut berhenti di persimpangan lampu isyarat, duduk rehat-rehat di beranda rumah atau keluar untuk solat subuh di surau!

Tahniah Najib dan Barisan Nasional mu!

1 comment:

Anonymous said...

Kena bersyukur banyak banyak sebab "barang naik" dapat mengekalkan kuasa tu. Apalah admin ni.