Followers

Sunday, August 18, 2013

Sikap orang melayu tak akan memberi kudis kepada Nazri pun.

Nepotisme, kronisme, sekularism, 'rasuahsme' dan sebagainya tak akan menjadi kudis gatal dan beban kepada kerajaan Umno/BN selagi majoriti orang Melayu terus dipandirkan melalui program pemandiran kerajaan BN yang ada pada hari ini. 

Apatah lagi isu Nazri Aziz dengan anaknya ini. Bukan pengundi-pengundi kawasan parlimen Nazri Aziz tak tahu siapa Nazri Aziz dan tak kenal siapa dan macam mana anak Nazri yang itu, tapi Nazri Aziz tetap jugak menjadi juara dalam PRU 13 yang lalu! 

Tak ada masalah punya walaupun seluruh dunia melaungkan isu Nazri Aziz lantik anaknya tersebut! PRU 14 Nazri Aziz kalau bertanding tentu akan menang lagi. 

Bagi sebahagian besar orang Melayu yang terperangkap dalam program pemandiran BN, mereka akan hanya berkata "jangan sibukkan hal orang dan jangan mengatakan orang, janji kita dapat BRIM, BROM, BRAM"!




Adakah Nazri Aziz mula jadi beban kepada Umno?


Harakahdaily  18 Ogs 1013.


KUALA LUMPUR: Tindakan Najib Razak yang terpaksa mengubah pendirian dan menjadi flip-flop berhubung keputusan Nazri Aziz melantik anaknya itu, walaupun mengundang persepsi yang berbagai mengenai kefahaman Perdana Menteri sendiri berhubung pelantikan ahli keluarga oleh seseorang menteri, tetapi secara nyata menunjukkan bahawa apa yang dilakukan Nazri itu adalah salah.

Cumanya, bagi penulis Shahbudin Husin, mungkin atas sebab-sebab tertentu dan hubungan peribadi yang agak lama, Najib segan memberitahu secara terus-terang agar Nazri mengeluarkan anaknya daripada kementerian itu.

Menurutnya, dengan meletakkan anaknya duduk di kementerian, walaupun gajinya dibayar oleh bapanya sendiri tetapi sudah tentu pelbagai kemudahan kerajaan akan turut digunakannya.

“Lagi pula meletakkan anak dan ahli keluarga sendiri di di kementerian di mana bapanya menjadi menteri, turut juga mengundang persepsi yang tidak baik kepada rakyat dan kakitangan kementerian itu sendiri,” tulis beliau di dalam blognya semalam.

Namun, baginya Nazri nampaknya, baik sebelum pilihanraya, apatah lagi selepas pilihanraya ini apabila dipindahkan ke kementerian yang penuh warna-warni, sikapnya semakin jauh daripada amalan pemimpin yang diharapkan oleh rakyat.

Tambahnya, tidak hairanlah bukan saja parti lawan yang mengkritiknya, bahkan kritikan daripada dalam Umno sendiri ternampak semakin melebar.



No comments: