Followers

Thursday, August 22, 2013

Wahai Kelantan! Nak menang ke nak kalah PRU 14 ni?

Macam-macam cerita ni!? Bbol'ok nampak weh! Isu Husam meleret-leret, tuntutan Royalti kian sejuk, kelahi pulak dengan Dr Agus! 

Rakyat dok perati kerajaan Kelantan (TMB) dok bbaloh dengan Dr Agus ni. Umno pulak gembira sakan, tambah pulak Tok Guru dah tak ada dalam kerajaan...dengar cerita dah ada orang Umno yang buat kenduri untuk sambut PRU 14 bagi Kelantan!

Rakyat dibawah mula rasa tension, "alah lah seghabuklah weh!".

Baik Tok Mat MB selesai cepat, jangan dok wak bbol'ok begitu!

Tulisan dipetik:



Husam Musa Tolak Tawaran Kerajaan Kelantan



Datuk Husam Musa memohon maaf kerana tidak dapat menerima tawaran kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan Golden Trade(KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation.



Kedua-dua GLC ini pernah dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS itu semasa masih menjadi Exco kanan kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



"Saya tidak pernah di rundingi untuk perlucutan dan pelantikan mana mana anak syarikat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengulas tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.



Menurut Husam (gambar atas), beberapa syarikat yang dipengerusikan dan ditubuhkan olehnya sebelum ini telah ditarik balik darinya.



"Jika saya diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan Baldah Toyyibah yang telah dilantik sebagai peneraju utama pembinaan lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dan saya merasa bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan lebuhraya tersebut menjadi kenyataan," tambah Husam dalam satu kenyataan bertulisnya kepada The Malaysian Insider.



"Sebenarnya, semua susunan pembiayaan telah di atur semasa saya ditugaskan dulu," tambah beliau.Menurut Husam, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.



"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu. Selain itu, saya telah menubuhkan anak syarikat perlombongan kerajaan untuk tujuan memajukan sendiri perlombongan dengan skala besar, teknologi moden dan tambah nilai melalui pemprosesan dengan nama Az Zahab.



"Alhamdulillah selepas hanya tiga bulan diluluskan lesen pertama perlombongan emas kami telah mengeluarkan emas pertama (gambar kanan) minggu lepas. Selain itu kami telah mendapat  kelulusan perlombongan  mengganese yang boleh digunakan untuk hub pemprosesan tambah nilai dan nilai lombong itu sahaja di anggarkan bernilai setengah billion ringgit," kata Husam kesal.



Az Zahab, katanya, ditubuhkan untuk menyokong pembinaan lebuhraya dan stadium baru."Saya berharap kerajaan negeri boleh menjaga aset ini dengan sebaiknya," kata Husam."Alhamdulillah semasa saya diamanahkan untuk mempengerusikan anak ank syarikat ini kesemuanya mencatitkan keuntungan," katanya.



PMBK Sawit sahaja telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga Jun tahun ini, katanya."Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga amanah ini dengan sebaiknya."Saya juga ingin merakamkan rasa hairan bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak dtukarkan," kata Husam.



KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang meragukan berlaku.Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai juga mengalami kerugian, beritahu beliau.



"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah Husam memberikan cadangan. – 21 Ogos, 2013.TMI


2 comments:

Anonymous said...

Sy amat pasti Kelantan menyusul Kedah jatuh ketangan UMNO diPRU14 oleh kerana MB yg tak tahu mentadbir. sebagai ulama sepatutnya tahu tahap kemampuan diri dan berundur jika rasa diri tidak mampu mentadbir dan serahkan tugas kpd yg lebih berkemampuan.

budakmin said...

maaf kpd admin, lain kali jgn tanya kelantan nak kalah atau menang tp tanya 'wahai pemimpin krj pas kelantan, nak menang ke nak kalah dlm pru 14'. nanti mereka jwb nak kalah sbb tanah sudah dpt masalah org/rakyat apa peduli. kita sudah kaya