Followers

Tuesday, August 13, 2013

Jangan harap BN akan buat!

Pemimpin Umno/Bn isytihar harta? Heh mati balik hidup tak akan berlaku! Jangan harap ustaz! 


Usaha pengisytiharan harta ini telah lama dicadangkan tetapi dalam kalangan para pemimpin utama BN ianya tak pernah berlaku dan tak akan berlaku. Seru dan gesalah bercupak-cupakpun, ianya tak akan berlaku. Para pemimpin Umno/Bn tak akan ambik pot punya. (Gambar sekadar hiasan)

Apa sebab para pemimpin Bn tak ambik pot? Sebab mereka tahu sedar dan insaf, rakyat di kampung-kampung tradisional dan di Felda tak kisah pun sama ada harta mereka halal, haram atau 'halam'. Yang sibukkan sumber harta para pmimpin BN, hanya para pemimpin pembangkang dan rakyat beberapa kerat yang berintegriti. Orang-orang Melayu di kampung dan Felda ada kisah? Yang penting tahun depan, BRIM ada lagi dan ditambah lagi! Harta para pemimpin BN tak yah sibuk-sibuk! 

Kisahnya...mentaliti Melayu kebangsaan!

Dan lagi, apa sebab para pemimpin Bn tak ambik pot? Sebab mereka tak perlu ikut rentak pembangkang  selagi ada undi POS dan undi awal dalam PRU! Apa pulak cari susah isytihar harta kalau PRU boleh menang mudah. Yang penting boleh terus memerintah.

Pihak yang sanggup menodai integriti akan isytihar harta?

Alahai....katalah apapun, ada BN kisah?



Isytihar harta baik, BN lebih utama – Nasrudin

Anis Nazri 13 Ogs 2013.

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menyambut baik saranan dikemukakan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar pemimpin Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta, bersesuaian dengan keperluan dan tuntutan politik semasa yang menginginkan ketelusan di kalangan pemimpinnya.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hasan, berkata tidak mengapa jika seseorang pemimpin itu hidup dalam kekayaan, jika kekayaan itu diperoleh melalui cara yang betul atau dibenarkan.

"Isytihar harta ini bukan untuk mendedahkan kekayaan atau menunjukkan kemiskinan, sebaliknya ia bertujuan menunjukkan harta yang diperoleh itu melalui cara halal dan betul.

"Rakyat berhak menilai pemimpin yang diamanahkan agar ia tidak menjadi fitnah yang mana jawatan dalam parti atau kerajaan itu sebagai satu batu loncatan untuk mengaut keuntungan," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang bersetuju dengan cadangan itu berkata, pengisytiharan harta itu perlu dilaksanakan di semua peringkat, termasuk kepada mereka yang memenangi pilihan raya umum lalu dan diikuti pihak lain, seperti pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Malah menurut beliau, langkah tersebut lebih utama dilakukan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara lebih 50 tahun.

"Sepatutnya bagi pemerintah, isytihar harta ini lebih utama. Mereka terlebih wajar melakukannya supaya benar-benar dilihat telus kerana mereka sebagai pemegang amanah yang besar terhadap seluruh rakyat Malaysia.

"Rakyat boleh audit ketua negara bagi memastikan kekayaan yang diperoleh mereka itu melalui cara benar atau sebaliknya," kata beliau.

Tambah beliau, pelaksanaan isytihar harta itu dapat dilihat ketika zaman Saidina Umar berhubung pembahagian kain rampasan kepada rakyat di Madinah.

Umar selaku khalifah ketika itu dipersoal oleh rakyatnya kenapa beliau dapat membuat sehelai jubah dari kain tersebut sedangkan rakyat hanya dapat membuat sehelai baju sahaja.

Persoalan tersebut kemudian dijawab oleh anak saidina Umar bernama Abdullah bahawa beliau juga mendapat kain dari hasil rampasan perang tersebut, dan bahagian kainnya dihadiahkan kepada bapanya, lalu cukuplah untuk dibuat sehelai jubah buat bapanya.

Jawapan tersebut sekaligus menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat ketika itu.

Tambah Nasrudin, tujuan pengisytihran harta itu bertujuan mengelakkan rasa curiga, selain memberi ruang kepada rakyat untuk menilai ketelusan pentadbiran dan pemerintahan pemimpin negara.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh antara pemimpin terawal pemuda PAS yang mengisytiharkan harta ketika Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu tahun lalu.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut bersetuju dengan saranan Karpal tersebut.

No comments: