Followers

Monday, July 29, 2013

Padah cakap besar, konon sempurna!

Inilah padah bercakap besar konon Malaysia negara selamat. Hakikatnya hari ini bukan sahaja orang politik yang perlu rasa terancam, guru, suri rumah, kanak-kanak apatah  lagi polis sendiri juga pemantau jenayah turut rasa tak selamat.

Kini telah menjadi usikan biasa agar bukan sahaja polis malah guru-guru perlu mempounyai dan memakai baju kalis peluru!

Apabila rakyat umum merungut jenayah meningkat akan ada pula psndapan dan usaha pandir konon semua kegelisahan terhadap ancaman jenayah maut hanya persepsi dan persepsi itu perlu dibetulkan.

Dalam asyik nak betulkan persepsi saban minggu pula jenayah maut meragut nyawa rakyat di sana-sini di kawasan lampu isyarat, di taman perumahan apatah lagi di semak belukar.

Hakikatnya kerajaan Umno/Bn perlu insaf dan akui bahawa kejadian jenayah maut yang berlaku kini semakin mencemasksn rakyat. Kerajaan perlu buat sesuatu yang lebih serius antaranya kurangkan polis sb politik yang menyebuk dengan urusan politik dengan memindahkan mereka  kebahagian pemantauan jenayah dan keselamatan rakyat .

Akhir kerajaan Umno/bn perlulah membawa negara ke arah menjadikan negara ini negara yang makmur yang mendapat kerahmatan Allah bukan menjadi negara pencacai dan pak turut syaitan tak kira sama ada pengikut  syaitan yang di kenali atau pun tidak!

Langkah pertama kerajaan Umno/bn bergerak ke arah yang dicadangkan harus dimulakan dengan kutukan keras secara rasmi oleh Pm Najib terhadap keganasan tentera Mesir terhadap rakyat Mesir dan Presiden sah Mesir Dr Morsi bukan hanya mengharap kecamsn ngo-ngo Islam sahaja selebihnya kerajaan Malaysia Umno/bn menjadi lembik, kelu dan bisu! 

No comments: