Followers

Saturday, July 13, 2013

Malaysia akan ditelan raksaksa tidak lama lagi!

Apabila menteri berkenaan enggan menjawab isu-isu penting TPPA secara telus, bermakna kerajaan Umno/Bn masih mengharapkan nasib menyebelahi mereka. Mereka cuba menyembunyi perkara yang telah jelas bakal terjadi jika menandatangani TPPA, yang akan banyak merugikan ekonomi Malaysia terutama kepada kepentingan Malaysia dan rakyatnya sendiri khususnya pekembangan pembangunan ekonomi bumiputera. 

Isunya dengan menjadi 'penyokong gila' dan pengampu kepada Amerika mampukah kerajaan Malaysia Najib Rosmah ini menolak desakan Amerika Syarikat dengan mengatakan tidak kepada Obama untuk tidak menjadi 'sebahagian' daripada proses penglobalan Amerika?

Yang jelas dari pendirian menteri ini dan kerajaannya, nasib pembangunan ekonomi orang Melayu dan bumiputera yang sedia lemah akan terus menjadi sikenit yang tidak akan sampai-sampai ke garisan penamat kerana track semakin panjang dan jauh! 

Akhirnya rakyat luar bandar dan peneroka FELDA juga menjadi mangsa akibat daripada kesetiaan membuta tuli mereka kepada kerajaan yang tidak telus dan tidak boleh dipegang kata-katanya. Raksaksa bakal menelan mereka sekali gus! Ngap! Pemimpin negara dan negeri serta kroni yang kaya raya, buat-buat susah hati dan buat-buat sibuk ke hulu ke hilir! Macam cakna sangat....

Dari Malaysiakini:



Mustafa mengelak jawab soalan di forum TPPA

Hafiz Yatim 12 Jul. 2013.

Ketika tarikh akhir bagi Malaysia menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) semakin mendekati, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dilihat seolah-olah mengelak menjawab beberapa isu penting yang dibangkitkan.

Ini berlaku dalam forum yang dianjurkan akhbar Sinar Harian di Shah Alam petang ini di mana beliau mengelak menjawab bagaimana perjanjian dengan 11 negara termasuk Malaysia, akan memberi kesan kepada industri kecil dan sederhana atau bagaimana ia boleh mengurangkan kebimbangan pihak-pihak berkepentingan seperti kesatuan, atau perkara yang berkaitan dengan perubatan.

Ini adalah kali pertama seorang menteri penuh menghadiri forum yang dianjurkan oleh akhbar harian berkenaan.

Tidak seperti forum lepas, tidak ada sesi soal-jawab dibenarkan. 

Bagaimanapun, satu sidang akhbar ringkas diadakan dan Mustapa memberitahu hadirin yang beliau terpaksa berada di Kuala Lumpur pada jam 5 petang.

Ahli panel bersama Mustapa di forum itu ialah Ketua Pegawai Operasi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Mohd Nizam Mahshar, yang kelihatan lebih bersedia dalam isu tersebut.

Menteri itu turut menerima memorandum bantahan dari Gabungan Bertindak Menentang TPPA semasa sidang akhbar tersebut, dan beliau kemudiannya beredar tanpa mengulas mengenai perkara itu.

Dalam sidang akhbar itu, menteri itu ditanya oleh Mohd Nizam bagaimana kalau Barack Obama datang ke Malaysia pada bulan Oktober, apakah negara ini akan tunduk kepada tekanan dan menandatangani perjanjian itu.

Mustapa, bagaimanapun, tidak menjawab.

Mustapa memberitahu hadirin bahawa negara ini banyak bergantung kepada perdagangan, tetapi ia tidak akan teragak-agak dalam melambatkan menandatangani set TPPA pada akhir tahun ini. Beliau mengulangi perkara itu dalam sidang akhbar tersebut.

Katanya, Malaysia tidak akan mengorbankan Malaysia dan kepentingan rakyat.

Tambahnya, jika terdapat isu-isu besar yang boleh menjejaskan kepentingan atau kedaulatan negara, maka Malaysia akan melambatkan untuk menandatanganinya.

No comments: