Followers

Sunday, July 21, 2013

24 Julai 2013 DUN Kuala Besut akan menjadi tempat paling menarik buat pelancong berkunjung!

24 Julai 2013 yang akan tiba tidak berapa lama lagi, akan menjadi hari ini dalam sejarah kepada Dun Kuala Besut. Pada hari tersebut Kuala Besut pasti akan menjadi hari yang akan menjadikan tumpuan para pelancong. 

Para pelancong yang bakal datang untuk melancong di Kuala Besut pastinya akan menaiki berpuluh-puluh kalaupun tidak beratus bas-bas persiaran untuk menikmati keindahan panorama dan kehidupan para nelayan yang sekian lama kekal miskin di Kuala Besut. Pada hari tersebut Kuala Besut adalah tumpuan sibuk para pelancong yang paling mengasyikkan!

Namun demikian tidak dapat dipastikan dengan jelas para pelancong yang bakal datang melancong di Kuala Besut pada hari itu, datang dari mana. Hanya dapat dijangka berdasarkan pengalaman sedia ada, mereka yang akan bertumpu di Kuala Besut untuk 'membeli, membelah, menjilat dan mungkin bakal mencelup jari' adalah para pelancong dari  Siam, Mynmar, Indon, Filipina dan mungkin ada sedikit dari Bangla! 

Malah jangan terkejut kalau ada di antara mereka yang datang pada hari itu ke Kuala Besut adalah para pelancong 'tempatan' dari Pekan Pahang yang mungkin turut serta memeriahkan pesta 'celup jari' DUN Kuala Besut!

Nampaknya walaupun hantu syaitan dan iblis dibelenggu dalam bulan Ramdhan ini, namun hantu-hantu, jembalang dan 'syaitan-syaitan' daftar pemilih SPR masih belum dapat dibelenggukan dan mungkin akan dilepas bebas di DUN Kuala Besut pada hari itu atas nama pelancong! Hati-hati kerana pada hari itu ramai yang berada di luar kawasan sedang bekerja dan memang sukar untuk cuti satu hari di tengah-tengah hari bekerja!




BN tumpu bawa pulang pengundi luar kawasan

21 Julai 2013.

KUALA BESUT - Barisan Nasional (BN) kini memasuki pusingan akhir kempen dengan tumpuan diberikan kepada persiapan bagi membawa pengundi dari luar kawasan balik mengundi, kata Timbalan Pengarah pilihan raya kecil BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusoh.
  
Katanya BN juga sedang mempersiapkan jentera untuk menyediakan kenderaan khusus bagi digunakan untuk mengangkut pengundi keluar mengundi pada 24 Julai nanti.
  
"Kempen kita sudah berjalan dengan baik dan tidak banyak usaha tambahan perlu dilakukan kecuali persiapan membawa pengundi luar balik mengundi Rabu ini," katanya ketika ditanya tentang 'usaha tambahan' dilakukan BN sebelum tempoh kempen berakhir empat hari lagi, di sini hari ini.
   
Ketua Umno Bahagian Besut itu berkata jentera kempen bergerak dengan cukup tersusun, malah calon juga telah memasuki semua kawasan mengundi dan menemui hampir setiap pengundi dalam kawasan itu.
  
Dun Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi iaitu sebanyak 93.33 peratus adalah pengundi biasa, 6.67 peratus melibatkan pengundi tentera, polis dan pasangan masing-masing dan seorang pengundi luar negara.

Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua, berkata pemerhatian terhadap penerimaan masyarakat terhadap calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman atau lebih mesra dengan panggilan 'Abe Ku' juga semakin baik.
  
"Dulu ada tuduhan mengatakan beliau orang luar tetapi setelah terbukti Abe Ku adalah anak tempatan dan anak seorang ustaz, tahap penerimaan masyarakat terhadap beliau terus memuncak, malah ramai yang mula bersalam dan mengerumuninya, sekali gus menyerlahkan auranya sebagai seorang calon," katanya.
 
Idris juga menzahirkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bekerja keras di Kuala Besut bagi mengekalkan kemenangan BN dengan memastikan semua wakil rakyat terlibat dalam kempen yang sedang berlangsung.
 
Pilihan kecil raya itu menyaksikan Tengku Zaihan ditentang calon Pas Endot@Azlan Yusof diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lepas.  - Bernama

No comments: