Followers

Friday, June 21, 2013

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam kena sekeh...kah!


Ambik ngko....kan dah kena sekeh! Berhujah apa macam orang bodoh! Sampai nak ajak tentera, tak pasal-pasal nak 'berperang' dengan rakyat yang hanya nak berhimpun secara aman? Gila punya cadangan! 

A'ah terlebih panik!

Main lagi dengan Panglima Bukit Gantang dapat sebiji "apakah Salleh pegawai baru yang berkhidmat di dalam negara ini sehingga tidak tahu apa yang pernah dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam setiap himpunan aman?"

Dari Harakahdaily:



Black 505 esok aman, bukan himpunan tentera Sulu.

Harakahdaily 21 Jun 2013.

KUALA LUMPUR: “Insya Allah himpunan Black 505 pada 22 Jun ini (esok) ialah himpunan aman, bukan himpunan tentera Sulu yang menyerang Lahad Datu tempoh hari dengan senjata yang lengkap,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, himpunan itu dihadiri oleh rakyat yang mahu pilihan raya bersih daripada penipuan, tanpa bawa senjata. 

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia akan meminta bantuan askar jika tidak terkawal.

“Ini satu kenyataan seorang pegawai polis yang panik,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan apakah Salleh pegawai baru yang berkhidmat di dalam negara ini sehingga tidak tahu apa yang pernah dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam setiap himpunan aman.

Jelasnya, sejarah membuktikan himpunan Bersih, himpunan menuntut dihapuskan ISA, membantah PPSMI, membantah penyenaraian Felda Global Venture berakhir dengan aman walau pun kehadiran ratusan ribu.

“Sebiji pasu pokok bunga pun tidak ada yang pecah. Apa yang berlaku kekasaran di pihak polis, termasuk memukul pihak wartawan.

“Himpunan akan aman kalau tanpa provokasi daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. Usah bazirkan wang rakyat, lebih baik wang tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin dan tidak cukup makan.

“Berapa banyak rumah orang miskin dapat didirikan. Berapa ramai orang miskin keperluan orang miskin dapat dibantu,” ujarnya.

Beliau menambah, lebih baik wang sebanyak itu digunakan untuk membayar kepada perisik untuk mengawal sempadan supaya tragedi pencerobohan tentera Sulu di Sabah tidak berulang.

Justeru, ujarnya PDRM perlu melihat mana keutamaan antara mengawal penceroboh atau mengganggu rakyat untuk berhimpun.

“Berilah peluang kepada rakyat untuk tunjuk rasa kepada SPR yang menjadi kuda tunggangan pemimpin BN,” katanya.


No comments: