Followers

Tuesday, June 18, 2013

Mahathir nak Malaysia kurang bebas; banyak cantik!!

Sekali lagi Mahathir berfalsafah, " kurangkan kebebasan untuk Malaysia lebih baik jika mahu membina Malaysia yang lebih baik"!. Falsafah basi dari seorang negarawan tua yang sepatutnya dah banyak berzikir daripada merepek! 

Bagi Mahathir, rakyat tidak perlu menegur dan memprotes ketidak-adilan, penipuan, kejahatan SPR dalam mengurus PRU di Malaysia kerana Malaysia akan jadi tidak lebih baik!

Bagi Mahathir rakyat tidak perlu bising menegur kedegilan dan kesombongan kerajaan Umno/Bn dalam mengurus kehidupan dan nasib rakyat dalam negara kerana Malaysia akan menjadi tidak lebih baik!

Bagi negarawan tua ini lagi, rakyat jangan protes, malah tak baik, berdosa mengata kerajaan Umno/Bn ini, kerajaan yang mengamalkan rasuah dan mengayakan hanya kroni sahaja kerana Malaysia akan menjadi tidak lebih baik!

Bagi negarawan tua ini, tangkap rakyat yang tuntut kebebasan di perhimpuan aman adalah lebih baik daripada rakyat sibuk nak tahu tahu siapa yang arah bunuh Althantuya Sharibu dan motif pembunuhan itu.

Bagi Mahathir, lebih baik rakyat tutup mulut daripada sibuk nak tahu siapa yang makan komisyen kapal selam?
 
Bagi Mahathir, biarlah rakyat tak bebas sedikit asalkan para pemimpin Umno/Bn bebas banyak dalam mengumpul harta tanpa mengira halal dan haram atau sah tak sah!

Bagi Mahathir, Malaysia akan menjadi lebih baik jika kerajaan Bn bebas buat apa sahaja walaupun mendapat kuasa daripada sebuah pilihanraya yang tidak adil dan berat sebelah yang penuh penipuan!

Bagi Mahathir biarlah rakyat kurang bebas sedikit asalkan Mahathir bebas berkata apa sahaja walaupun tak betul dan tak munasabah!

Banyak cantik Mahathir!




Dr M: Kurangkan kebebasan untuk M’sia lebih baik.

18 Jun 2013.

Rakyat Malaysia mesti belajar hidup dalam keadaan kurang kebebasan jika mahu membina Malaysia yang lebih baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Kita mesti kurangkan sedikit kebebasan kita, kawal diri dan kawalan kendiri," katanya dalam sebuah acara di Kuala Lumpur.

Katanya, terlalu banyak kebebasan menyebabkan lebih peluang untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk menyalah guna dan mengeksploitasi kebebasan, yang menyebabkan ketidakstabilan.

Bercakap dalam sesi berkaitan politik Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13, Mahathir menyebut isu perkauman sensitif yang kerap dibangkitkan kebelakangan ini apabila undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri tiada lagi.

No comments: