Followers

Tuesday, June 04, 2013

Kalau harga barang naik, jangan beli!

Kerajaan minoriti Bn sekali lagi bersikap double standard dalam berdepan dengan rungutan para pengguna mengenai kenaikan harga barang bukan kawalan.

Menteri Pengguna mahukan pengguna sendiri bertindak mungkin antaranya jangan beli barangan yang dirungut mahal oleh para pengguna itu. Maknanya kalau barang mahal pengguna jangan beli! Mudahnya menteri ini selesai masalah, sama bernas idea macam idea KPN nak selesai masalah jenayah ragut dalam bandar, tak boleh bawa motor dalam bandar! KAH!

Menteri itu bersyarah konon kerajaan minoriti yang diwakilinya ada undang-undang nak ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga tapi demi menjamin konsep menang-menang, undang-undang tersebut tak payah gunalah!  Penggunalah sendiri selesaikan masalah naik harga tu. Tak payah beli! Katanya tindakan pengguna sendiri itu bukan bermakna kerajaan lepas tangan!

Alasan macam zaman tori jugak, gula naik harga, kurang makan gula nanti kena kencing manis! Ayam naik harga, kurangkan makan ayam, nanti obese! Gandum naik harga, kurang makan roti canai, nanti kolestrol tinggi! Kalau barang bukan kawalan naik harga, jangan beli! Basi betul!

Kalau macam tu, aku boleh jadi menteri!

4 comments:

Anonymous said...

Terimalah padahnya kita rakyat Malaysia oi!!! Menteri UMNO ni kebanyakkannya jenis recycle!!

Anonymous said...

standard menteri UBN yg ada.. sampai mampuslah rakyat terutamanya penyokong ameno kena perbodohkan.. hidup melayu 10x

Anonymous said...

kalau semua atas kuasa rakyat ,nak buat apa ada KPDNKK ,lebih baik bubar je kpdnkk tu , kerajaan dah boleh berjimat dari membayar gaji menteri dan gaji kakitangan mereka

Anonymous said...

Bahasa mudah,"Dah miskin buat cara miskin, jangan nak berlagak macam berduit".