Followers

Sunday, May 19, 2013

Seorang lagi muncul menteri berminda kontot!

Menteri dilantik untuk berbakti kepada rakyat bukan untuk menghentam dan mencabar rakyat apabila rakyat mengadu hal. Rakyat mengadu ada barang keperluan telah naik harga dan rakyat merungut ada barang keperluan hidup mereka, macam ada petanda akan naik harga dalam masa terdekat ini. Itu aduan rakyat!

Apa kejadah pulaknya apabila rakyat mengadu, tiba-tiba rakyat pulak dicabar  kemukakan bukti? Apabila rakyat mengadu tu, tentulah benda itu berlaku. Yang kamu duduk cabar rakyat ni kenapa? Itukah kerja menteri kepada rakyat?

Hey...kalau kamu ikhlas berbakti untuk rakyat bukan untuk para cukong kaya raya, arah saja penguasa atau dapat kerjasama polis, rela, pertahanan awam, ngo-ngo yang berkredibilti dan rakyat prihatin untuk membantu buat pemeriksaan mengejut harga barang di seluruh negara. Atau kamu sendiri turun menyamar sebagai rakyat marhaen yang miskin membeli barang-barang keperluan hidup sebagaimana dilakukan oleh rakyat setiap hari. Jangan hanya duduk di bilik berhawa dingin, bercakap sombong dan bongkak cabar sana cabar sini!

Apa dah jadi agaknya dengan menteri-menteri kabinet Najib Umno/Bn kesayangan pengundi-pengundi bodoh yang tidak bermaklumat ni? Ada yang mencabar apa cina mahu? Si Zahid pula nak halau rakyat keluar dari negara macam negara ini dia yang punya. Hak ni pun nampaknya serupa jugak...dalam nampak mengah-mengahpun cabar rakyat jugak!?

Adoi....mamposlah Malaysia kalau macam ni! Lepas ni agaknya menteri mana pula yang akan masuk dalam kumpulan OKU yang cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh  dikhabar! Orang khabar bodoh, pongoh!

No comments: