Followers

Friday, May 31, 2013

SARAWAK: Pemimpin terus kaya raya, berbelanja tinggi, nak bina rangkaian jalan raya untuk rakyat kos tinggi! Sampai bila beralasan kos tinggi?

Nasib rakyat Sarawak memang malang, telah merdeka begitu lama, rakyat  marhaen Sarawak selama itu juga masih terpaksa bergantung kepada pengangkutan air untuk ke mana-mana.

Dengan kekerapan perjalanan yang terhad, keselamatan yang tidak terjamin, perjalanan yang memakan masa dan sukar, rakyat marhaen Sarawak selama itu juga begitu sukar untuk bergerak dalam sebuah negeri yang katanya telah merdeka!

Rakyat marhaen Sarawak rasanya udah berbuih mulut menuntut pembinaan rangkaian jalan raya di seluruh bahagian di negeri itu tapi apalah sangat permintaan dan suara jeritan rakyat marhaen yang pulak tu  tinggal nun di luar bandar berbanding dengan keperluan mengayakan keluarga Bapak Ketua Menteri Sarawak dan para kron...

Untuk menunaikan keperluan rakyat berbagai alasan yang diberikan; mungkin antara alasan basinya, rakyat perlu sedar bina jalinan jalan raya untuk rakyat Sarawak kos terlalu tinggi, tak untung, nanti negara dan Sarawak boleh bankrap!

Untuk keperluan bapak KM dan kroni, ok...ada keuntungan untuk negara dan Sarawak kerana mereka semuanya berjasa berbanding rakyat yang hanya makan tidur sahaja! Rakyat Sarawak kena insaf hal ini.

Agaknya dalam fikiran para pemimpin BN, yang perlu rakyat Sarawak lakukan hanya setiap PRU undilah BN lagi! Rangkaian jalan raya yang lebih selamat usahlah difikirkan sangat kerana kosnya terlalu tinggi dan bentuk muka bumi yang sukar, guna sajalah pengangkutan air tu....mati karam pun bukan selalu!

Sampai bila akan selesai alasan kos tinggi dan bentuk muka bumi Sarawak sukar untuk pembinaan rangkaian lebuh raya di Sarawak?

Nampaknya selagi pemerintah BN dan Taib Mahmud menggunakan alasan itu, sampai kucing bertanduk pun, rakyat Sarawak tidak akan menikmati rangkaian jalan raya yang berkualiti walau pun Sarawak sebuah negeri pengeluar minyak! Kerana kos membina jalanraya tidak akan semakin rendah dan bentuk muka bumi Sarawak yang seperti itu pasti tak akan berubah.

Persoalannya pemerintah BN dan Taib Mahmud mahu atau tidak, ada keikhlasan atau tidaknuntuk memberi kemudahan jalanraya kepada rakyat marhaen Sarawak ?

Sesungguhnya agaknya bahagialah rakyat Sarawak di bawah Bapak Taib dan Bn!  Iya bahagiaa sangat! Namun kepada keluarga penumpang feri yang terkorbandalam karam tersebut, kita ucapkan takziah...barsabarlah dengan dugaan ini.

No comments: