Followers

Monday, May 13, 2013

Ruang 'pernafasan' Umno kian sempit!

Umno/Bn dan para pencacai mereka yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti para blogger, ngo-ngo dan yang terbaru termasuk dalam senarai pencacai ialah seorang bekas hakim sedang sibuk dan riuh-rendah memainkan lagu perkauman! Lagu ini sedang hangar dikumandangkan selepas keputusan PRU 13 diumumkan.

Dengan soalan permulaan dari Melaka, "Apa lagi yang Cina mahu?", lagu perkauman terus dijirus marak oleh PM Najib sendiri apabila  mengatakan keputusan PRU 13 adalah akibat daripada  "tsunami Cina". Dan yang terbaru seorang bekas hakim yang entah macam mana boleh layak dulunya menjadi hakim, memainkan isu perkauman, konon rakyat Malaysia dari kaum Cina mengkhianati persahatan yang dihulurkan oleh orang Melayu, dan menggasa orang melayu bertindak balas!

Hakikat sebenar dendangan perkauman Umno/Bn dan para cai mereka ini adalah tidak lain tidak bukan untuk menyembunyi dan mengalih tumpuan rakyat kepada segala bentuk penipuan yang maha dahsyat yang mereka lakukan dalam PRU 13 baru-baru ini.

Mereka mahu rakyat termakan mainan mereka untuk terus memperkatakan isu-isu perkauman yang mereka mainkan dan melupa isu penipuan PRU.

Inilah masalahnya dengan Umno/Bn. Mereka masih menganggap rakyat pelbagai kaum dalam negara terutama bangsa Melayu bodoh untuk mereka terus perbodohkan dengan fakta dan dakwaan yang tidak berasas dan penuh hasutan.

Kita tidak terkejut jika PR terus menentang keputusan PRU 13 melalui himpunan demi himpunan, Umno/Bn akan terus menyumbat isu-isu perkauman ini kepada rakyat terutamanya yang tinggal diluar bandar.

Kita sangat yakin dan insaf bahawa isu perkauman yang didendangkan oleh Umno/Bn ini akan pasti menjadi senjata makan tuan pada bila-bila masa atau selelewat-lewat dalam PRU ke 14 akan datang. Lambat laun rakyat akan pasti benci, menyampah dan boring dengan putar belit dan permainan tidak bertanggungjawab Umno/Bn ini.

Nampaknya ruang pernafasan Umno/Bn semakin sempit dan Umno/Bn kian sukar hendak bernafas setiap kali tamat PRU. Mana lagi tempat Umno/Bn mahu lari minta nyawa?

No comments: