Followers

Tuesday, May 28, 2013

PKR tak payahlah lantik Saifuddin Nasution dalam kerajaan Selangor!

Dengar cerita Saifuddin Nasution, Setiusaha Agung PKR akan dibawa ke dalam pentadbiran kerajaan Selangor untuk urus dan selaraskan urusan politik dalam negeri tersebut. Pelik sedikit jawatan yang nak diberi kepada Saifuddin ini!

Dia nak uruskan urusan politik parti mana? Pkr kah? Kalau nak urus politik pkr apa perlunya diberi jawatan dalam kerajaan? Bukankah Azmin Ali dah ada selaku ketua Pkr di  Selangor? Atau apa isyarat yang hendak disampaikan sebenarnya ni? Dulu masa lantik Azmin selaku ketua Pkr Selangor bukan kepada Tan Sri Khalid yang memegang jawatan MB juga katanya nak pisah dan selaraskan serta fokus kepada urusan politik dan pentadbiran secara berasingan. Kali ini untuk tujuan yang bunyinya lebih kurang serupa nak lantik pulak Saifuddin?

Atau Saifuddin perlu urus urusan politik Pas atau Dap? Hai nak cari penyakit? Siapa Saifuddin Nasution bagi Pas dan Dap? Nak suruh ustaz Harun Taib dan Karpal Singh mengamuk?

Rasa aku tak perlu sebenarnya Saifuddin dilantik ke jawatan yang dimaksudkan itu, buat celaru dan buat berbalah sesama sendiri je! Nanti ada pulak yang berkecil hati dengan tugas yang dimainkan oleh Saifuddin itu.

Sebenar Saifuddin sebagai SUA Pkr masih banyak kerja yang perlu dia lakukan untuk memantap dan memperkukuhkan Pkr. Saifuddin sebagai seorang yang rapat dengan Pas mungkin boleh menggunakan idea kreatif pengalaman beliau untuk melahirkan sistem tarbiyah tersendiri kepada ahli-ahli Pkr di seluruh negara bagi memantapkan lagi disiplin perjuangan dan aqidah ahli-ahli muslim Pkr. Ini lebih penting daripada Saifuddin diminta tumpukan kepada Selangor.

Jadi sebenarnya tak perlu lagi nak lantik-lantik Saifuddin ke jawatan yang bukan-bukan di Selangor! Membazir wang rakyat! Orang bijak seperti Saifuddin Nasution seperti juga Husam Musa lebih diperlukan diperingkat Malaysia bukan negeri!

5 comments:

am said...

setuju sgt dgn post ni.. xpayah la nak PKR kn kerajaan selangor ni.. kan ka kerusi sama banyak.. biar kerajaan PR yg perintah sama2 berberbincang sebelum sesuatu perkara dilaksanakn.. dulu pn ada ura2 PKR nk letakkn orgnya jd pengarah GLC selangor.. apa ni..

Anonymous said...

Isunya puak PKR perlu dana khas.

Tanpa berunding dengan DAP/PAS pandai-pandai lantik kononya nak jadi seketariate kepada pakatan. Aparaa syok sendiri.

Anonymous said...

Satu komen yang sgt bernas dan berfakta.

Anonymous said...

Komen yang bernas dan berfakta

Anonymous said...

aaheleh...nape ko sibuk ...ko yg bagi jawtan ke..