Followers

Tuesday, May 21, 2013

Pasukan penyiasat SPR yang membazir!

Hari ini Suruhanjaya Penipu Rakyat menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat mengapa dakwat kekal menjadi tidak kekal pada hari mengundi Pru 13 yang baru lalu.

Bagi aku ini kerja paling bengong yang cuba dilakukan oleh SPR. Sepatutnya SPR  tubuh pasukan khas itu sebelum dakwat kekal itu  dibeli, barulah tidak membazir wang rakyat. Nak guna dakwat kekal, belilah dakwat benar-benar kekal bukan dakwat auta kekal.

Kerja membeli dakwat kekal yang begitu mudah dilakukan di India itu pun SPR 1Malaysia gagal buat. Nampak daripada gaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tak mudahlah bergayanya....rupanya hampas taik, beli dakwat kekal pun gagal!

Tapi tak apalah pasukan yang aku anggap membazir ini, biarkanlah ianya bekerja dahulu, kita nak dengar apa dapatan penyiasatan yang diperolehi oleh pasukan ini. Jangan nanti antara dapatan pasukan penyiasatan ini ialah dakwat itu memang kena goncang tapi telah tersalah cara goncang, itulah yang menjadikan ianya tak kekal.

Kalau selepas selesai penyiasatan, jika pasukan ini tampil dengan dapatan yang merepak dan merapu maka rasanya memang patut langkah selepas itu demi untuk menyelamatkan maruah negara, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR WAJIB letak jawatan demi mengembalikan integriti SPR sebagai benar-benar Suruhanjaya Pilihan Raya bukan sebagai  Suruhanjaya Penipu  Rakyat.

LETAK JAWATAN....CAKAP BANYAK TAK MAHU.....TAHU!

1 comment:

Anonymous said...

Kalu dakwat kekal... Mat banggla pi kerja, semua boleh ucap tahniah kerna telah menjadi rakyat yang perihatin kpd Malaysia. ni depa tak mau maluuuuuu.