Followers

Monday, May 06, 2013

Pakatan Rakyat perlu segera fokus kepada usaha 'merombak dan memulihkan' SPR!

Untuk pilihanraya lebih adil , Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia wajib dirombak, dipulih dan diberhentikan mereka yang menyumbang kepada kerosakan sistem demokrasi negara yang terdapat dalam SPR itu.

Walaupun SPR terutamanya yang 'dua ekor' itu akan terus berkata tiada bukti yang sahih tetapi dengan pelbagai perkara yang berlaku dalam tempoh PRU 13 ini maka jelas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bukanlah badan pengurus pilihanraya yang boleh diharap jika kita mahu melihat sebuah pilihanraya yang adil dan berintegriti.

Dengan masalah ketara di mana-mana, dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi asing yang 'dianugerahkan' kad pengenalan untuk 'mengesahkan' mereka membuat pengundian, kertas-kertas undi yang entah datang dari mana, undi pos yang mengelirukan, pengundian awal yang boleh dipantau majikan, membuang undi berkali-kali, manipulasi undi orang asli, taburan wang merata-rata, daftar pemilih pilihanraya yang cukup mencurigakan, campur tangan jabatan kerajaan yang menghalang tertegaknya keadilan dan macam-macam, maka masalah utama parti-parti pembangkang kepada Bn/Umno di Malaysia sudah pasti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bukan RAKYAT TEMPATAN yang keluar membuang undi.

Maka dengan sebab itu, fokus utama parti-parti pembangkang kepada Umno/Bn kini sudah pasti kepada usaha memastikan pemulihan peranan dan merombak  SPR secara besar-besaran agar lebih bersifat kemanusian yang takut kepada membuat dosa dan neraka Allah. Buatlah apa sahaja yang patut dan sesuai asalkan SPR boleh dipulihkan dan yang 'dua ekor' itu boleh dipencenkan segera dan yang seperti 'dua ekor' itu wajib terus tiada lagi dalam menerajui SPR selepas ini. 

Jika SPR tidak diubah dan dirombak, mengikut hukum akalnya, sampai bila-bila pun parti pembangkang kepada Umno/Bn tidak akan menang PRu dalam Malaysia ini!

1 comment:

Anonymous said...

Pakatan rakyat ada senarai pengundi ditangan, buatlah salinan dan dari sini dapat mengesan nama2 pengundi hantu. Buang semua nama2 mereka dari daftar pemilih supaya mereka tidak dapat mengundi dlm PRU 14. JPN, SPR, Imigrasen, ejen UMNO, akan bawa masuk ramai hantu2 warga asing dlm PRU 14.Warga asing yg dapat ic ekspres yg ada sekarang ini,lagi 5 thn akan boleh berbahasa Melayu, hafal rukun negara, boleh nyanyi lagu negaraku, susahlah nak cam mereka/nak halang dari mengundi. Sebab itu nama mereka mesti dikeluarkan dari awal. Sepatutnya IC mereka jangan dipulangkan, simpan dipejabat parti/MB PR utk tujuan pemotongan nama pengundi hantu.