Followers

Thursday, May 09, 2013

Najib macam orang mengigau terjaga dari tido!

Sebaik mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri, Najib Razak kata fokus utama beliau adalah untuk mengharmonikan antara kaum! Tak tahulah betul ke tidak fokus Najib itu tapi aku rasa macam pelik sedikit analisis Najib tentang apa yang berlaku hari ini.

Tertanya-tanya aku, di mana tidak harmoninya antara kaum dalam negara? Apakah apabila ramai rakyat menolak BN dan Umno bermakna telah berlaku polarisasi kaum yang mengakibatkan ketidak-harmonian antara kaum?

Nampaknya keperasanan Najib Razak terlalu tinggi sehingga merasakan konon Umno/Bn adalah segala-galanya dalam negara. Apakah Najib tidak nampak atau sengaja memejamkan mata bahawa pada hakikat sebenarnya Pakatan Rakyat telah berjaya membawa kehamornian kaum antara rakyat berbilang kaum dalam negara. Contoh terbaru adalah perhimpunan di Stadium Kelana Jaya malam tadi. Realiti terbaru yang berlaku itu bukan membuktikan tsunami China tetapi tsunami anak-anak Malaysia dari pelbagai kaum.

Kalau Najib ikhlas mahu mengharmonikan semangat perkauman yang sering dimainkan maka langkah pertama Najib Razak semestinya adalah mengharamkan akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia dan para media perdana cetak dan eletronik yang lain yang sering memainkan isu-isu perkauman yang sensitif dan sangat menghasut. Media mana yang banyak menghasut rakyat konon kalau Pakatan Rakyat menang DAP akan menjadi Perdana Menteri, China akan berkuasa dan Kristian akan menjadi agama rasmi negara?

Semua dakwaan yang tidak berasas dan bohong itu telah disuap semahu-mahunya oleh puak-puak Umno/Bn melalui kempen dan risalah-risalah pilihanraya mereka baru-baru ini sehingga rakyat di kawasan-kawasan luar bandar yang kurang mendapat maklumat sebenar menjadi mabuk dan hilang kerasionalan berfikir seketika!

Alih-alih setelah mengisytiharkan diri sendiri menang dengan kemenangan yang terlalu amat mencurigakan, Najib muncul-muncul terus bersuara konon mahu mengatasi masalah polarisi kaum!

Sudahlah Najib, cermin diri kamu dahulu! Kamu buat taik, kamu main taik, kamu campak taik! Macam orang mengigau terjaga dari tido!

No comments: