Followers

Friday, May 10, 2013

Ingat, pengundi PAS bukan hanya ahli-ahli PAS!

Sebagai ahli biasa akar umbi PAS, aku bersetuju dengan usaha untuk menentang dan membuktikan penipuan dalam PRU 13 yang berlangsung baru-baru ini. Usaha yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Kit Siang dengan melakukan perhimpunan aman asalkan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan amat perlu dilakukan. 

Lakukanlah perhimpuan-perhimpuan aman untuk membongkar dan membuktikan kepada rakyat akan terdapat begitu banyak penipuan dan kegelojohan Umno/Bn yang 'telah merampas' kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 yang baru lalu. Aku sangat setuju walau pun Dewan Ulama PAS tak setuju!

Membongkar dan mendedah kepada rakyat akan penipuan yang amat dahsyat dilakukan oleh Umno/Bn bukan bermakna menolak qada dan qadar Allah SWT. Tidak sekali-kali! Tetapi menentang penipuan dan kejahatan dalam menguruskan setiap pilihanraya juga perjuangan yang dituntut Islam asalkan ia mengikut saluran yang dibenarkan. PRU 12 telah ditipu, redha! Pru 13 ditipu lagi, redha! PRU ke 14 pasti Umno/Bn akan menipu lagi, redha jugak?

Dewan Ulamak PAS boleh menasihati ahli-ahli PAS agar menerima keputusan PRU yang penuh dengan penipuan dan ahli-ahli PAS boleh akur kerana nasihat datang dari Dewan Ulamak. Tetapi perlu diingat, yang ramai menyokong dan mengundi PAS bukan hanya ahli-ahli PAS, malah mereka yang datang dari kalangan rakyat pelbagai kaum dan anutan ideologi. Mereka ini akan 'boring'  dengan PAS jika PAS hanya bersikap redha tanpa menyoal langsung dan mengambil langkah wajar terhadap penipuan yang amat jelas dan terang!

Mereka yang dalam kelompok yang ramai ini pasti akan menyokong jika PAS turut serta menentang penipuan PRU 13 mengikut saluran yang betul. Mengadakan perhimpunan-perhimpuan aman adalah merupakan kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang, so apa masalahnya?

Kesimpulan, usaha tidak mengiktiraf keputusan PRU 13, membongkar dan mendedahkan penipuan yang dilakukan dalam PRU 13 adalah amat wajar disokong oleh seluruh rakyat agar SPR yang akan mengurus PRU ke 14 bukan lagi SPR yang haramjadah  seperti yang ada pada hari ini!

No comments: