Followers

Sunday, May 26, 2013

Himpunan Aman perlu diraikan...tak payahlah cipta berbagai alasan mengarut untuk mengekangnya!

Apakah ada lagi alasan Zahid Hamidi dan PDRM nak menyalahkan penganjur dan para peserta himpunan aman blackout 505 yang berlangsung dengan aman dan penuh ceria selain mencari-cari salah yang tak perlu seperti bawak budak di bawah umur, kemudahan tandas OKU tak dapat diguna dan tak hantar notis kepada polis?

Tanpa provokasi himpunan rakyat anjuran PR atau NGO berkaitan pasti aman. Bukti mengenai hal ini telah berlaku dimana-mana. Malah selepas perhimpunan aman memprotes pengendalian pilihanraya oleh SPR, rakyat pelbagai kaum dengan penuh rasa tanggungjawab membersih kawasan himpunan dari sampah-sarap, malah mereka juga berjaya mengawal lalu-lintas.

Sepatutnya kalau begitulah rupa dan cara himpunan aman rakyat ia tak wajar dilarang, digertak apatah lagi ada apa-apa tangkapan berkaitan dengannya. Himpunan aman meluah perasaan yang penuh sivik seumpama itu hanya perlu dipantau dari dicemari anasir pengkhianat.

Jika ini dapat dilakukan proses demokrasi di negara ini akan pasti lebih meriah. Namun yang pasti dan tiada tolak ansur ialah Pengerusi SPR dan Timbalannya yang telah menjadi lebih umno dari umno MESTI LETAK JAWATAN SEGERA. ISU NI TIADA TOLAK ANSUR, KERANA RAKYAT YANG INGIN PILIHANRAYA YANG ADIL DAN BERSIH SEMAKIN MENYAMPAH DENGAN PUTAR BELIT, AUTA DAN PENIPUAN MEREKA! CAKAP BANYAK TAK MAU, LETAK JAWATAN!

No comments: