Followers

Thursday, May 30, 2013

GST bukan masa terdekat tapi pasti...tunggu je lah!

Tahniah kepada para pengundi BN kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST akan pasti tiba. Kata Menteri Kewangan 2 , GST tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat! Makna GST pasti akan dikenakan kepada seluruh rakyat tak kira kaya, miskin, yatim, belum yatim, tak yatim, tua, muda, orang belum pencen termasuk yang dah pencen!

Tahniah sekali lagilah kepada para pengundi BN terutama orang-orang Melayu yang ramai kaya raya di kawasan-kawasan felda dan di kg-kg tradisional di luar bandar. Tahniah!

Ucapan tahniah itu  bukan kerana apa, cuma kerana puak-puak yang undi Bn tu semuanya pandai membuat pilihan.

ikatakan pandai memilih itu adalah kerana Pakatan Rakyat nak turun harga minyak, Bn tak janji turun harga minyak, undi BN!

PR janji nak mansuhkan PTPTN yang membebanksn golongan pelajar dan anak-anak muda, BN tak setuju mansuh PTPTN, undi BN!

PR nak turun harga kereta untuk kemudahan rakyat, BN tak setuju turun harga kereta demi keuntungan golongan  perniagaan, undi BN!

PR nak hapuskan saman AES demi kemudahaan rakyat, BN hanya tangguh saman AES dan lepas PRU ini dah berkira-kira melaksanakannya demi keuntungan golongan perniagaan, undi BN!

PR janji tak akan laksanakan GST kerana tak mahu berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang mampu membebankan takyat,  BN hanya tangguh GST tapi pasti akan laksanakannya, undi BN jugak!

Memang bodoh....eh cerdiikkk... kerana hangpa semua, para pengundi BN, semuanya kaya-kaya....makan pun tak habis! Kan?

Tunggulah hangpa semua, jangan merungut tau, pakat-pakat tengoklah ayam daging dan belajar-belajar jadi macam ayam daging tu! Akan 'disembelih' setiap pagi untuk kepuasan mereka yang bernafsu dan pelahap!

No comments: