Followers

Tuesday, May 28, 2013

Dahlah hdung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Dua orang ini sudah tidak dipercayai oleh majoriti rakyat lagi. Meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah langkah bermaruah yang wajib diambil oleh mereka berdua.

Kini apa yang terpacul dari mulut mereka berdua mengenai psngurusan dan pengendalian PRU 13 telah dinilai bagai penipuan dan auta.

Jadi apa lagi yang mereka nak cakap selepas ini? Orang ramai dah tak percaya lagi kepada mereka. Lebih manis dan elok LETAK SAJALAH JAWATAN supaya SPR yang baru dapat dibentuk semula ke arah PRU Malaysia yang lebih baik.

Sesungguhnya demi melihat PRU yang adil dan bersih di Malaysia perletakan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR  dan seluruh barisan kepimpinan tertinggi SPR tidak dapat ditangguh dan dielak lagi.

No comments: