Followers

Saturday, May 25, 2013

Ada pemimpin-pemimpin besar PAS yang termakan provokasi ?

Aku pelik dengan beberapa kerat pemimpin besar PAS yang kat atas sana tu terutama yang berada di Dewan Ulama. Nasihat kepada ahli tu bagus tapi jangan memberi nasihat suruh akur kepada perkara yang tak betul dalam pengendalian PRU 13 .

Tak ada siapa pun yang tak tahu bahawa SPR itu bapak penipunya. Penipuan yang paling terang, dakwat tak kekal diriuh-rendahkan sebagai dakwat kekal. Hak ini Dewan Ulama kata SPR urus pilihanraya 13 dengan baik? Eh tipu tu...baik apanya?

Lepas itu pulak, ada ke Dewan Ulama kata himpunan aman 505 tidak berfaedah kepada parti PAS? Himpunan aman itu adalah himpunan aman memprotes kerja khianat SPR yang semua rakyat maklum. Macam-macam hal telah berlaku.

Janganlah melihat ada faedah, tak ada faedah dari pmikiran politik Dewan Ulama sahaja. Tengoklah juga dari pemikiran politik orang bukan dewan ulama.

Sebab itu Dewan Ulama dan beberapa kerat ahli parlimen Pas, jangan cepat keluar ulasan yang tidak menyenangkan ahli-ahli dan para pengundi PAS dari pelbagai bangsa dan agama. Ni apa ni, " ahli pas lebih baik buat kerja yang lebih berfaedah (berbanding srtai himpunan?), " "Spr berjaya urus PRU dengan baik", " tak galak ahli PAS srtai himpunan 505" " tak setuju protes jalanan guling kerajaan", " sabar...sabar...jangan tak sabar ( bila pulaknya rakyat tak sabar ? Apakah buat himpunan aman protes SPR tu maknanya tak sabar?)".

Laa....itu himpnan AMAN, bukan yang turun himpunan itu nak buat rusuhan! Yang bunyi rusuhan...rusuhan ....spring....spring...itu dari mulut dan provokasi umno/bn dan cai-cai mereka . Banyak dah himpunan di buat di Malaysia ni, tak ada rusuhan pun yang dibuat oleh rakyat yang berhimpun.

Nampaknya rakyat yang berhimpun tak termakan provokasi umno/bn, Dewan ulama Pas dan beberapa ahli parlimen baru Pas pulak yang termakan. Terbalik kot ke apa ni?

Sepatutnya Dewan Ulama keluar kenyataan nasihat yang lebih rasional, misalnya," ahli-ahli Pas yang turun himpunan wajib mnjaga keamanan, kebersihan, jangan layan provokasi, jaga batas pergaulan, jangan terlibat dengn sebarang kegiatan menguling kerajaan secara tidak demokratik" . Ha barulah sedap bunyinya! Ini tak....bercakap jugaklah kat surat khabar pemfitnah tu.

Adalah diingatkan kepada para pmimpin besar Pas yang hebat-hebat belaka, tolonglah jangan sedap-sedap bukak mulut bercakap dengan ahkbr-akhbar Umno yang pasti tak akan membantu perpaduan dalam parti. Kerana tuan-tuan smua terutama yang baru menang pru baru-baru ini, sedap mulut brcakap dalam akhbar perdanalah maka telah kelihatan seperti wujud berbagai kumpulan dalam parti.

3 comments:

Anonymous said...

Ketua dewan ulamak tu dia tak reti dan tak baca berita dari internet... dlm kitab tak d ajar internet sebab tu Harun Taib tak tau penipuan SPR.... setujuuu? (Ambik stail Abng Mat Sabu)

Anonymous said...

Betulkah statement tu dari Dewan Ulama? Atau statement peribadi Ketua Dewan Ulama? Tapi aku memang tak suka ulama yang penakut, ulama macam nilah yang memundurkan Islam ke belakang... jenis yang UMNO cukup suka. Macam Tabligh... buta politik Islam.

Anonymous said...

Yang benar dan yang salah akan terdedah. X guna tujukan peluru pada ulamak. Mereka juga manusia. Ada salah silap. Pada yang mampu, ayuh tunjukkan kita tidak sesekali menerima penipuan selagi tidak mengatasi undang2.