Followers

Saturday, April 13, 2013

Tak perlu fikir panjang lagi, TOLAK BN!

Dengan pembikinan dan penyebaran beberapa video fitnah lucah yang konon membabitkan para pemimpin Pakatan Rakyat,ianya telah semakin mengukuh bukti bahawa pihak yang berada di belakang projek lucah yang mengharap hasil lumayan politik demi mengekalkan kerakusan kuasa, adalah pihak yang  semakin hilang kewarasan akal.

Bolehkah pihak yang telah hilang waras akal ini, yang begitu tergamak membuat fitnah yang mengaibkan maruah seseorang, dibenar terus-terusan berkuasa dalam negara? Jika ini terjadi, negara ini memang bukan negara bertuah malah sebuah negara yang amat malang, apatah lagi rakyatnya majoriti beragama Islam.

Seharusnya penyebaran video lucah seumpama ini oleh puak-puak hilang waras ini mengukuhkan pandangan bahawa Umno/Bn wajib ditolak dalam PRU 13 ini. Adalah tidak bermaruah dan tidak waras kita memberi kuasa kepada golongan terdesak yang tidak bermaruah lagi tidak waras. TANPA FIKIR PANJANG LAGI MARILAH KITA BERUBAH TOLAK UMNO!