Followers

Wednesday, April 17, 2013

Rakit BN makin kruk-krek!

Barisan Nasional pada waktu ini bagaikan rakit yang ikatannya semakin longgar dalam arus yang deras. Mereka yang berada di atas rakit BN  itu sedang sibuk  mengimbangkan diri akibat dilambung arus pengumuman  calon-calon BN. Yang berjaya, ada yang masih terkejut dan ada yang masih kepanasan disumpah mereka yang berkeinginan. Yang tak terpilih ada yang dah mula 'asah' parang.

Di belakang  2 nahkoda utama mahathir dan rosmah saling berebut kemudi. Dalam padang pula puak mahathirisme 'berperang' dengan puak rosmahisme. Pertembungan makin lama makin getir. Bayangkan kalau Bn dimenangkan lagi, rakyat marhaen akan terus terkepit dan dikepit dalsm pertembungan 2 isme politik umno/Bn itu. Bahana yang pasti, tiada harga minyak turun, tiada pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN, tiada caruman wanita nasional, tiada penghapusan tol, tidak merasa harga kereta murah, tiada pembatalan GST dan tiadalah keceriaan tulin rakyat melainkan kalau ada pun hanyalah keceriaan palsu yang diiklankan di media-media kongkongan dan di-billboard-kan di iklan -iklan tepi jalan dan lebuh raya!

Manakal kumpulan katak bobok pula hanya ada seekor yang tersenyum lebar ia itu di shah alam, yang lain muka macam katak bobok sungguh! Hodoh!  Taukeh 'beras jati' pula bakal ghaib dari alam nyata. Manakala raja katak masih terkerelok leher menelan air liur, merayu simpati. Macam orang demam tak kebah. Sian!

Badai Pru 13 makin hampir, pasti menghentam rakit BN yang kian rapuh.  Kita tengok siapa yang bakal karam nanti kerana rakit BN makin dekat pru makin rapuh dan makin kruk-krek!

No comments: