Followers

Monday, April 22, 2013

Masa depan politik Jamaluddin Jarjis di Rompin kian malap?

Nampaknya dengan tiba-tiba masa depan  politik Jamaluddin Jarjis di Rompin kian malap kerana hanya seorang tokoh muda Umno. Setakat hari ini tokoh muda tersebut, Kapten (B) Johari Hussin anak tempatan Rompin itu telah berjaya 'mengatasi' gelombang 'jerung jalur' sebanyak dua kali?

Perkara yang menarik, apakah selepas 5 hb Mei nanti anak muda  tersebut akan terus berjaya 'mengatasi' gelombang 'jerung jalur' buat kali ketiga? Ini ada sesuatu yang menarik untuk kita saksikan nanti!

Ada implikasi kepada Jamaluddin Jarjis sekiranya anak muda Johari Hussin yang bersendirian ini terus berjaya 'mengatasi' gelombang 'jerung jalur' dengan terus memenangi kerusi Dun Tioman dalam parlimen Rompin di Pahang.

Jika Kapten (B) Johari Hussin menang buat penggal kedua diyakini akan dilantik menjadi Exco kerajaan negeri Pahang jika BN terus berkuasa di Pahang selepas 5 Mei ini.  Perlantikan beliau sebagai Exco akan memberi makna masa depan politik anak muda Umno ini begitu cerah sebagai pemimpin masa depan utama Umno Bahagian Rompin kerana beliau adalah anak tempatan Rompin berbanding Jamaluddin Jarjis yang bukan berasal dari Rompin.

Oleh yang demikian kemenangan Johari Hussin yang bercita-cita tinggi ini di Dun Tioman nanti akan membuka langkah panjang beliau untuk menanam pengaruh  kukuh sebagai antara anak tempatan Rompin yang berjaya dalam politik Umno. 

Orang Rompin sudah pasti mengharap anak muda ini antara bakal Menteri Besar Pahang kerana hubungan dengan beliau dengan pihak berpengaruh di Pahang cukup baik, jika sesuatu berlaku kepada Datuk Seri Adnan Yaakub. 

Apakah ini turut bermakna masa depan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis bakal berada di penghujung jalan di bahagian Rompin? Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

1 comment:

Anonymous said...

ape yg ade di rompin tu patutnya umno kene pikio macam mana nak generate ekonomi dirompin ni tak korje sapu aje resource di bumi rompin sikit byk eko boleh buat yg sustain ekonomi sudah dirosaki oleh penjarah hutan