Followers

Saturday, April 06, 2013

Calon PAS: Tolonglah jangan pilih ustaz-uztaz yang 'kelihatan' sombong!

Dalam Pilihanraya, rakyat yang terdiri daripada pelbagai ragam pemikiran dan latar belakang bukan hanya menilai calon Wakil Rakyat mereka dari satu sudut sahaja. Bagi rakyat di kawasan bandar begini cara menilainya, rakyat lusr bandar begitu pula caranya.

Dari sudut penilaian kaum-kaum juga mungkin berbeza. Orang Cina melihat dari aspek mereka dan kepentingan urusan perniagaan mereka. Orang India pula mungkin melihst dari aspek budaya dan anutan mereka. Manakal orang Melayu mungkin bukan sahaja dari aspek ugama malah dari aspek sopan-santun  ramah mesra dan seumpamanya.

Oleh kerana semua penilaian memilih Wakil Rakyat berbagai-bagai maka semua calun yang bertanding di samping membawa mesej visi dan misi parti masing-masing, mereka juga perlu mengkaji cara memilih mungkin menjadi tarikan utama pengundi untuk menyokongnya terutama yang bertanding dalam dalam komuniti Melayu.

Kepada calon-calon yang bakal bertanding mewakili PAS terutama yang berkelulusan agama yang terlalu beralasan mahu  menjaga batas-batas komunikasi, pergaulan dan sosial mereka, perlu berhati-hati agar jangan sampai ada pengundi mengecap mereka sebagai sombong dan anti-sosial.

Contoh, pada saat ini terdapat yang diura-ura akan bertanding mewakili PAS dalam Pru 13 nanti,individu-individu berkelulusan tinggi agama yang kelihatan sangat payah hendak bersrmbang dengan ahli-ahli parti, apatsh lagi dengan ahli masyarakat, payah hendak senyum dan menyapa orang ramai, bersikap ego apabila memberi pandangan, menyendiri macam kera sumbang dalam majlis keramaian, tidak menepati masa dan banysk beralasan yang tidak munasabah apabila gagal menepati temu janji.

Kadang-kadang kita rasa pelik dan anih, mereka sangat memahami Islam dan tahu benar teknik dan uslub dakwah tapi masyarakat masih mengecap mereka, " ustaz tu sombong, mentang-mentang dia kelulusan tinggi, kita bagi salsm pun jawab hendak tak hendak je". Baru semalam aku berjumpa dengan seorang pengundi yang merungut seperti itu.

Boleh diharap menangkah calon-calon PAS yang macam ini?

Berubahlah ustaz-ustaz, jangan sampai orang kata sombong dan menyampah tak nak pilih tuan-tuan kerana sebab-sebab yang macam itu. Kalau nak juga bersikap yang kelihatan tak mesra, malas bergaul dengan orang, bersembang pilih orang,malad senyum, lebih baik tak payah jadi calon, banyak lagi tugas-tugas lain yang boleh dibuat atau cukuplah mengajar sahaja di surau masjid kerana anda tak layak jadi orang politik! Kalau nak jadi calon jugak berubahlah!

3 comments:

Anonymous said...

Aku setuju sangat-sangat.

Peribadi & penampilan mesti macam Rasullallah bukan abu jahal.

Anonymous said...

Setuju sgt2.... ada kalanya ustaz2 ni kurang bercakap entah kenapa... x salah kan kalau beramah mesra sikit sbnyk tu layan tetamu. Dgn senyuman dpt menggembirakan hati seseorg tu lebih baik dr berdiam diri hingga timbul prasangka dr kalangan rakyat. Semoga Allah merahmati kita semua...

tajtaj said...

Totally agreed..