Followers

Sunday, April 07, 2013

Alahai Mahathir terus kecundang - Nik Aziz maju sebagai juara!

Orang yang mengenali Mahathir sentiasa akan memahami begini apabila Mahathir membuka mulut berkata-kata:

Apabila Mahathir berkata:

"menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan "tok guru", sebaliknya hanya seorang pemimpin politik yang ingin mendapatkan kuasa."

Agaknya lebih sesuai dibaca begini?: 

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memang sebenarnya Tok Guru malah bukan hanya Tok Guru tetapi seorang pemimpin zuhud yang sentiasa menggunakan kuasa politik dalam memimpin dan membimbing rakyat ke arah memahami dan menghayati Islam yang syumul.

Apabila Mahathir berkata:

"Orang tidak panggil tok guru, tetapi hanya peminat politik yang tamak mendapatkan tempat dengan menggadaikan agama.

"Ini bukan pemimpin, hanya nak undi dan mendapatkan kuasa. Inilah Nik Aziz yang bukan berjuang untuk Islam." 
 
Agaknya lebih sesuai dibaca begini?: 

Memang Tok Guru sungguh Nik Aziz ni, seorang Tok Guru yang minat menggunakan politik secara benar dan betul demi menegakkan agamanya dan bukan menggadai agama. Manakala orang tak panggil 'aku' pembela bangsa melayu, tetapi hanya 'bekas' pemimpin parti politik yang hari-hari merapu demi mendapatkan populariti menjaga kroni.

Apabila Mahathir berkata:

Nik Aziz hanya menipu rakyat untuk mendirikan negara Islam, walhal tanpa sokongan DAP, tidak mungkin Pas dapat mendirikan negara Islam ala Pas.

Agaknya lebih sesuai dibaca begini?:

'Aku' hanya 'tipu' rakyat apabila pernah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, walhal tanpa kebenaran MCA dan Ah Lek, tidak mungkin Umno mahu mendirikan negara Islam yang sebenar-benarnya.

Apabila Mahathir berkata?:

'sekarang Nik Aziz sedar dan terpaksa mengemis meminta pertolongan DAP dan PKR kerana dia tahu, mendirikan negara Islam ala Pas tidak mungkin dapat dilaksanakan.'

Agaknya lebih sesuai dibaca begini ?:

Sekarang Umno 'aku' sedar dan terpaksa mengemis meminta pertolongan MCA dan MIC untuk menolak konsep negara Islam yang 'aku' sering beralasan tak sesuai dalam negara pelbagai kaum di Malaysia kerana  'aku'  tahu, mendirikan negara Islam yang sebenar memang 'aku' tak mahu.

Apabila Mahathir berkata:
 
Beliau turut menyelar keputusan Nik Aziz masih lagi meneruskan jawatannya meskipun usia sudah lanjut.
  
Agaknya lebih sesuai dibaca begini ?:

'Aku' sebenarnya menyesal didesak oleh ahli-ahli Umno agar  letak jawatan sedangkan Nik Aziz didesak oleh ahli-ahli PAS agar terus memegang jawatan dan berkhidmat. Mana aci macam ni?

Apabila Mahathir berkata:

"Kata nak berhenti (bila pulak Nik Aziz kata nak berhenti?-P), tetapi apabila saya sudah berhenti, dia (Nik Aziz) tidak berhenti lagi, hendak bertanding lagi dalam pilihan raya umum ini," katanya.

Agaknya lebih sesuai dibaca begini ?:

Orang suruh 'aku' berhenti, tetapi apabila 'aku' sudah berhenti, Nik Aziz tidak berhenti lagi, hendak bertanding lagi dalam pilihanraya umum ini, 'aku' pulak dah tak dikehendaki ... Cheh....kalah jugak 'aku' dengan Nik Aziz, 'aku' ingat 'aku' lebih terrer!

Petik dari sinar: 
 
Mahathir dakwa Nik Aziz pemimpin politik tamak kuasa

WARTAWAN SINAR HARIAN

7 April 2013.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan "tok guru", sebaliknya hanya seorang pemimpin politik yang ingin mendapatkan kuasa.

Katanya, pemimpin Pas itu sekadar 'peminat politik' yang tamak mendapatkan kuasa dengan menggadai agama.

"Orang tidak panggil tok guru, tetapi hanya peminat politik yang tamak mendapatkan tempat dengan menggadaikan agama.

"Ini bukan pemimpin, hanya nak undi dan mendapatkan kuasa. Inilah Nik Aziz yang bukan berjuang untuk Islam," katanya pada ucaptama Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 di sini, semalam.

Beliau berkata, Nik Aziz hanya menipu rakyat untuk mendirikan negara Islam, walhal tanpa sokongan DAP, tidak mungkin Pas dapat mendirikan negara Islam ala Pas.

"Ada 222 kawasan (Parlimen), tetapi kalau Pas hanya bertanding 65 kawasan sahaja, bolehkah Pas menjadi kerajaan, tanpa sokongan (Pengerusi DAP) Karpal Singh, Pas tidak dapat apa-apa.

"Tetapi Islam  Pas dan Islam kita nampak berbeza. BN tidak pernah menolak Islam, dengan mengisytiharkan negara ini negara Islam.

"Tetapi Pas nak buat (engara Islam) untuk menang kerusi dan Islam itu bergantung kepada Karpal Singh," katanya.

Tambah Dr Mahathir, sekarang Nik Aziz sedar dan terpaksa mengemis meminta pertolongan DAP dan PKR kerana dia tahu, mendirikan negara Islam ala Pas tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Beliau turut menyelar keputusan Nik Aziz masih lagi meneruskan jawatannya meskipun usia sudah lanjut.

"Kata nak berhenti, tetapi apabila saya sudah berhenti, dia (Nik Aziz) tidak berhenti lagi, hendak bertanding lagi dalam pilihan raya umum ini," katanya.



1 comment:

Kump. Pemuda, Puteri UMNO BERSARA Dari UMNO said...


Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

Adik2 semua jgn bersangka buruk kpd kawan2 yg berada di kem Barisan Nasional.... Mereka mungkin terpaksa menurut desakan mak ayah atau sapa2... Tapi takpa.. Jangan risau, mereka tetap akan undi Pakatan Rakyat ( Pesan awal2 kat mereka. Kita tiada pilihan )... Undi adalah rahsia.. Kita tentukan..


Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6