Followers

Thursday, March 14, 2013

Terlalu nak jadi PM, akhirnya Muhyiddin anak Yasin menjadi angkuh!

Menuduh Pakatan Rakyat akan membuat porak peranda sewaktu PRU 13, adalah kenyataan angkuh seorang pemimpin Umno yang gelojoh. Itulah sikap yang terpendam dalam diri Muhyiddin anak Yasin selama ini yang akhirnya terserlah dengan hodoh sekali.

Beliau tidak sedar atau pun mungkin bodoh untuk menyedari bahawa tuduhan beliau yang kasar dan ganas itulah yang sebenarnya mencetuskan kegelisahan dan porak-peranda. Apa tidak porak-perandanya kalau tuduhan yang diluah dari mulut busuknya itu tanpa asas yang munasabah dan bukti kukuh.

Sebaliknya apa yang menjadi bukti kukuh sejak akhir-akhir ini ialah samseng-samseng umnobn kerap membuat porak-peranda mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Suasana itu berlaku belum lagi tiba Pru, bayangkan bagaimana keadaann dan histerianya lagak umnobn dan para samseng mereka ketika Pru 13 nanti tatkala berdepan kempen-kempen berfakta Pakatan Rakyat. 

Pakatan Rakyat sendiri telah membuktikan mereka lebih patriotik dan berdisiplin dalam setiap yang mereka lakukan seperti yang mereka buktikan sewaktu himpunan sejuta rakyat di Stadium Merdeka beberapa bulan yang lalu. Tiada satupun mala petaka dan porak peranda yang berlaku. Lagi pun, dalam saat mahu mencapai kemenangan dalam PRU 13, apa faedahnya Pakatan Rakyat mahu mencetuskan porak peranda? 

Kemenangan PRU perlu diraikan dalam suasana yang kondusif buat rakyat dan  para pelabur. Benarlah bahawa sesungguhnya teori yang mengatakan Pakatan Rakyat akan membuat porak perada di saat-saat peluang kemenangan buat mereka begitu cerah adalah teori bodoh dari seorang pemimpin kanan Umno/Bn!

Oleh itu Muhyiddin anak Yasin lebih baik cermin diri sendiri dahulu sebelum mulut busuknya membebel mereka cipta fitnah yang tidak berasas terhadap Pakatan Rakyat. Lebih baik Muhyidin jaga masalah dalam 'hidungnya' sendiri kerana dibimbangi hak itu pula nanti yang akan membuat porak-peranda yang meloyakan!

No comments: