Followers

Sunday, March 31, 2013

Teori huru-hara di hari mengundi sedang disebarkan?

Menuduh Pakatan Rakyat (Pembangkang) akan membuat huru-hara di hari pilihan raya, memang satu fitnah jahat yang dimainkan oleh para pemimpin pencen dan bakal dipencenkan Umno/Bn sekarang ini di media-media kawalan mereka. 

Mencipta tuduhan tidak ada asas dengan hanya membebel di hadapan media yang mereka kuasai, hanya sekadar mahu membentuk public opinion dalam kalangan rakyat untuk menyetujui hujah-hujah dangkal dan bangsat mereka agar rakyat yang tak tahu hujung pangkal, membenci parti-parti Pakatan Rakyat musuh Umno/Bn.

Muhyiddin membuat fitnah akan berlaku huru-hara. Sharizat Jalil hinggakan mahu menubuhkan apa yang disebutnya 'task force' wanita untuk membenteng huru-hara. Mamak bendahara tua yang kini bagaikan hidup 'menggelupur' tak tentu arah ke sana ke mari, juga 'herut-herut' mulut melagukan teori konon PR akan membuat huru-hara di hari mengundi!

Sikap politik puak-puak Umno ini memang tidak bertanggung-jawab dan tidak bermaruah. Mereka dengan gigihnya cuba mencetuskan suasana kerisauan kepada rakyat terutama rakyat yang tidak mendapat maklumat terkini di kawasan-kawasan luar bandar.

Perangai para pemimpin Umno ini sama ada yang  bakal dipencenkan dan juga yang sudah pencen adalah sikap buruk yang tidak pernah mahu belajar dari pengalaman lalu. 

Sewaktu demonstrasi aman Bersih mahu dianjurkan, para pemimpin Umno/Bn ini jugalah yang sibuk dan becuk mengatakan himpunan aman Bersih akan menimbulkan huru-hara dan kerugian kepada para peniaga. Rupa-rupanya dalam keadaan rakyat menunjuk rasa secara aman dan penuh perpaduan berbilang kaum, rakyat disembur  air gatal, dikejar, disepak, diterajang, pakai baju kuning ditangkap dan sebagainya. 

Haa...kan huru-hara, kata mereka yang cuba memperbodohkan kita semua! Para pemimpin Umno/Bn ini ingat kita rakyat bodoh macam mereka. Soalnya siapakah yang sebenarnya merancang dan mencetuskan huru-hara dalam beberapa siri awal himpunan aman Bersih?

Cuba renung Himpunan Sejuta Rakyat 112 anjuran Pakatan Rakyat (pembangkang) bulan Januari 2013 yang lalu, yang sebelumnya, para pemimpin Umno/Bn dan termasuk mamak bendaraha tua itu sibuk menuduh akan berlaku huru-hara. 

Rakyat yang tidak dihalang, tidak disembur air, tidak disepak terajang dan tidak diprovokasi oleh pihak penguatkuasa, yang tidak diarah oleh para pemimpin politik durjana, yang semua makhluk tahu siapa para pemimpin tersebut, tiada sekelumitpun huru-hara yang terjadi. Pergi berhimpun aman, balik dari himpunan pun aman!

Sekarang ini sekali lagi kedengaran becuk, mulut-mulut celupar menabur fitnah ATAU SEBENARNYA sedang cuba membuat arahan-arahan awal tertentu berkaitan mencipta huru-hara ? 

Kalau benar begitu, terkejutkah kita, jika sekiranya benar-benar berlaku huru-hara di hari mengundi nanti, adalah dicetuskan oleh 'task force-task force haramjadah' yang telah pun diarah dan bukan oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat yang hanya mahu memastikan pilihanraya dilaksanakan secara adil dan saksama?

No comments: