Followers

Friday, March 29, 2013

Parlimen dah dibubar pun!

Kami tak kesah dah bila Najib Rosmah nak bubar Parlimen. Nak bubar hari ni tak jadi ke. Nak bubar esok ke, 4 April ke, 16 April ke, 30 April ke, bila ke...ikut pandai engkau lah Najib!

Yang kami tahu, kami dah lama dah 'bubar' Dun dan Parlimen. Malas dah tunggu Najib Razak bubar..pakat bubar sama sendiri je! Kami dah mula berjalan berkempen secara terus terang dari rumah ke rumah, mengedar risalah, buat ceramah kelompok dan kami tahu dan diberi tahu oleh para mengundi yang kami temui, mereka semuanya hanya menunggu masa untuk 'humban' Barisan Nasional dalam longkang politik!

Makin lambat Najib Rosmah bubar parlimen makin ramai rakyat yang marah. Petang tadi dalam kempen aku ke rumah-rumah, seorang penyokong Umno berkata, " Lama dah saya ni hidup dan pangkah Bn, saya tak pernah saya tengok PM sebentat yang ini....kata kuat cakap kat TV hari- hari berdegar-degar tapi nak bubar parlimen pun terkemut-kemut!" 

Aku tanya, " Habis tu nak pangkah BN lagi pakcik?".

"Cheh...tak hingin, buat malu je!! Terhegeh-hegeh...menyusah kat orang!!" jerkahnya! Terkejut aku! 

Pakai mamposlah Umno kali ni!! Orang Umno pun nak pangkah PAS dan PR!

Ada ke nak bubar Parlimen pun takut...cheh!!! His engkau ni Najib..tak buat dek orang tau tak?

1 comment:

Anonymous said...

kalau nak tau org yg bangang/bodoh/baghal/keldai/lembu (ntah ape2 lagi yg semaksud dgnnya) masih setia & sokong parti karat biru tu....

ayuh rakyat malaysia, humbankan bn dari pilihan anda & segeralah bertukar kpd pakatan rakyat supaya KERAJAAN RAKYAT MALAYSIA dapt ditubuhkan...