Followers

Sunday, March 24, 2013

Najib 'menjerit', beri Bn mandat 5 tahun lagi!

Yeah...Najib 'menjerit' meminta mandat diberi kepada Bn 5 tahun lagi. Mandat yang ada pada Najib kini adalah mandat yang diberikan kepada Pak Lah. Mandat rakyat untuk dirinya sebagai PM belum lagi diperolehi. Maka menjerit-jeritlah Najib untuk itu di Kuantan yang sedang dilanda masalah air itu!

Yeah berilah Bn mandat 5 tahun lagi!! Nilailah sendiri keupayaan kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji dan demi menjamin kesejateraan dan masa depan mereka. Ssungguhnya selama memerintah kerajaan Barisan Nasional telah berjaya antaranya:

1. 'Menyerahkan' Pulau Batu Putih kepada Singapura begitu sahaja sejajar konsep yang disebut oleh Rais anak Yatim sebagai," win-win decision". Singapura dapat Pulau Batu Putih, Malaysia dapat seketul batu! Bijak...bijak sungguh kerajaan Bn!

2. Kejayaan 'menghilangkan' separuh tanah Rezab Melayu yang belum pun berganti hingga ke hari ini. Kejayaan ini termasuk menjadikan realiti kini 80 peratus Wilayah Iskandar di kuasai oleh para cukong asing!

3. 'Menyerahkan' tanpa alasan munasabah tanah kedaulatan Malaysia, tanah KTM di Tanjung Pagar kepada Singapura tanpa Malaysia mendapat apa-apa yang menguntungkan.

4. Kejayaan menganugerahkan IC segera kepada pendatang asing hingga benar-benar mendatang masalah di Sabah, mungkin di negeri lain terutama Selangor, Pahang pun boleh bermasalah seperti Sabah juga satu hari nanti gamaknya! Kejayaan terbaik kerajaan BN!!!

5. Rosmah seorang mendapat 'hadiah' (mengikut kata Rosmah banyak yang dia dapat dia tak beli, orang bagi hadiah) cincin RM24 juta (?), sedangkan rakyat marhaen hanya mendapat habuan bertaraf  'cicak mengakarung' RM1000.00 dalam tempoh 55 tahun BN memerintah.

6. Adik Najib berjaya menjadi taukeh bank terbesar, manakala anak-anak rakyat walaupun berijazah masih bertimbun tak bekerja, kalau bekerjapun hanya sebagai juru jual di pusat membeli belah!

7. Kerajaan BN mansuhkan yuran sekolah bernilai RM4 lebih untuk rakyat terpaksa membayar kos persekolahan anak-anak bernilai sekitar RM200.00, nasib-nasib lebih dari itu!

8. Harga barang keperluan semakin hari semakin mahal sehingga sekarang sudah tiada pengumuman baik amaran dan kawalan terhadap kenaikan harga barangan. Harga barang keperluan semakin pandai-pandai naik sendiri secara senyap-senyap, hanya suri dan sura rumah yang rajin membeli barang keperluan harian yang tahu hal ini! Tak percaya tanya mereka, jangan tanya Najib dan Rosmah kerana mereka tak tahu hal ini, kalau tahupun ada mereka kesah?

9. Berjaya menjadikan orang Melayu di Johor sebagai orang Melayu yang paling miskin dalam Malaysia! Sedangkan kerajaan PAS, cheh... hanya berjaya menjadikan orang melayu Kelantan sebagai orang melayu paling kaya dalam Malaysia!

10. Dan banyak lagi 'jasa-jasa' kerajaan Bn selama mereka memerintah kalau nak di sebut satu persatu tapi malas lah aku...buat sakit hati sahaja! Lu fikirlah sendiri...bila Najib menjerit "beri Bn mandat 5 tahun lagi"!

Berita dipetik:



Najib: ‘Beri BN mandat 5 tahun lagi’


24 Mac 2013


KUANTAN - Warga Pahang membanjiri tapak program Jelajah Janji Ditepati terakhir malam tadi untuk mendengar amanat Perdana Menteri yang antara lain meminta rakyat menilai sendiri keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji demi menjamin kesejahteraan dan masa depan mereka.


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membandingkan kejayaan itu dengan janji-janji kosong yang ditabur pembangkang selama ini.


Beliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik buat negara.


"Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara itu di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini..............

- Bernama


1 comment:

Anonymous said...

aku berjanji akan undi Bn ...

itu pun kalau DS Najib berani baca khutbah jumaat dan imamkan solat jumaat kat masjid negara minggu depan secara langsung...dan kita kekalkan kuasa nya 5 tahun lagi...