Followers

Wednesday, March 13, 2013

Menteri ini 'mabuk' todi ke?

Nak tanya ni, siapa yang perlekeh pasukan keselamatan negara? Siapa? Bila?

Woi...pakcik, tak ada mana-mana rakyat Malaysia pun yang memperlekehkan pasukan keselamatan negara. Malah semuanya menyokong dan sama-sama berdoa dalam susah senang perjuangan mereka mempertahankan kedaulatan negara..iya!!

Yang orang perlekeh bukan pasukan keselamatan negara (ATM dan PDRM) tetapi Menteri Pertahanan dan menteri auw-auw  yang lambat dan bentat dalam menguruskan pencerobohan kedaulatan Sabah sehingga membahaya dan memakan korban anggota pasukan keselamatan kita!

Yang orang perlekeh bukan pasukan keselamatan negara, tetapi kerajaan Umno/Bn yang konon nak tunjuk alim, berbincang dan berunding dengan penceroboh! Konon minta penceroboh keluar sukarela! Pigi dah!! 

Kelakar tahu tak...mana ada buat dek orang, pihak yang menceroboh kedaulatan sesebuah negara, diajak berunding baik-baik suruh mereka keluar elok-elok? Banyak cantik punya pendekatan....kambing pun  tergelak! Kalau mereka sanggup menceroboh, lepas itu berunding, akhirnya keluar secara sukarela tanpa mendapat apa-apa, buat jadah apa mereka menceroboh!?

Kesimpulannya...hah, mamak bendahara tua dan parti menteri tu...bagi lagi IC kepada puak-puak penceroboh...sudahnya pasukan keselamatan jugak yang teruk dan susah payah nak mengawal keadaan!

So menteri, jangan bercakap macam orang 'mabuk' tau! Tak ada rakyat yang memperlekeh pasukan keselamatan negara sebaliknya rakyat memperlekehkan kerajaan Umno/Bn kerana insiden penceroboh Sulu di Sabah! Jom kita...ini kalilah!!!

Berita dipetik:



Zahid Hamidi: Jangan perlekeh pasukan keselamatan Negara


13 Mac 2013.


KUALA LUMPUR - Rakyat diingatkan supaya tidak sesekali memperlekeh atau memperkecil kemampuan pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat sebaliknya perlu bersatu memberi sokongan moral kepada pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara.


"Inilah masa dan ketika paling sesuai untuk rakyat bersatu padu bersama-sama memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan keselamatan negara.


"Pasukan keselamatan kita sedang berusaha menghapuskan penceroboh militan ini di Sabah, jadi saya harap kita ketepikan perbezaan pendapat serta politik di kalangan kita kerana ini soal pertahanan dan keselamatan negara," katanya.

- Bernama


No comments: